AWAS!!! KUMPULAN PULO YANG MENJADIKAN MALAYSIA SEBAGAI PENGKALAN UNTUK MELANCARKAN SERANGAN DI SELATAN THAI BOLEH MENGANCAM KESELAMATAN NEGARA
Pertubuhan Pembebasan Bersatu Patani (PULO) menjadi kumpulan pemberontak terbesar di selatan Thailand sejak dua dekad yang lalu. Pasukan gerila PULO ini majoritinya beragama Islam merasakan diri mereka dipinggirkan dari arus pembangunan dan pendidikan serta ditindas oleh kerajaan Thailand, dihina, ditangkap dan dibunuh.
Perkara ini telah menyebabkan ramai penduduk selatan Thailand (pejuang PULO) yang melibatkan wilayah Patani, Yala, Narathiwat dan Satun berhijrah ke Malaysia sama ada untuk berlindung, mengumpul kekuatan mahupun membina keluarga dalam suasana yang aman.
Sementara itu, Kasturi Mahkota yang merupakan pemimpin PULO menegaskan bahawa anggota PULO mempunyai pendirian di dalam matlamat perjuangan mereka dan tetap setia dengan perjuangan kumpulan itu walau di mana pun mereka berada. Sehingga kini tegasnya lagi PULO masih wujud dan telah menyusun semula pergerakan mereka dengan memilih anggota Majlis Kepimpinan Pertubuhan PULO bagi sesi 2017-2021 untuk meneruskan perjuangan mereka. Seorang bekas anggota PULO pula berkata daripada 2000 anggota pejuang PULO, kira-kira 800 orang yang bersembunyi atau berlindung di Malaysia.
Jika kita melihat beberapa laman facebook seperti ‘Kasturi Mahkota’ dan Ustaz Abu Muhammad’, mereka sering meniupkan semangat dan menyeru rakyat di selatan Thailand supaya sentiasa bersiap siaga untuk memerangi kerajaan Thailand di selatan negara itu pada satu masa yang sesuai nanti bagi berjihad untuk membebaskan selatan Thailand daripada kerajaan Thailand yang dianggap sebagai bangsa penjajah yang kejam. Melalui posting-posting juga kelihatan mereka tanpa berselindung sedang berusaha untuk mengumpul dana dengan mencari sumbangan bagi menggerakkan pejuangnya pada bila-bila masa.
Oleh itu, dengan pendedahan ini diharapkan rakyat Malaysia terutamanya berbangsa Melayu dan beragama Islam tidak mudah simpati atau memberi perlindungan kepada pejuang-pejuang PULO yang berlindung di Malaysia. Sebaliknya perlu memainkan peranan dan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia untuk melaporkan kepada pihak-pihak berkuasa bagi memastikan keamanan dan keharmonian negara terjamin selamanya.
Sumber: benarnews.org
Comments
Post a Comment