AWAS!!!! 'TIK-TOK' JUGA DIGUNAKAN SEBAGAI JARUM HALUS GERAKAN ISLAM LIBERAL UNTUK MENYESATKAN AKIDAH UMAT ISLAM DI NEGARA INI


Islam sangat mementingkan akidah Islam. Akidah adalah perkara pertama yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w untuk mengubah kepercayaan masyarakat Arab Jahiliyyah kepada keimanan terhadap Allah s.w.t. kunci kepada anutan agama Islam adalah akidah yang menjadi akar kepada ajaran Islam. Seorang yang rosak akidah boleh membawa kepada kesyirikan dan gugur iman.

Manakala orang yang dengan sengaja merosakkan imannya atau menggugurkan akidah boleh dihukum dengan berat dalam Islam melalui kesalahan murtad. Maka sebab itulah Saidina Abu Bakar bertindak memerangi orang murtad pada zamannya. Hal ini menunjukkan ketegasan Islam ke atas kelangsungan akidah Islam di muka bumi ini dan kepentingan akidah untuk dipelihara oleh umat Islam dengan jihad dan syariat.

Sangat berbeza dengan zaman sekarang dimana masyarakat meletakkan agama hanya pada IC dan lebih cenderung ke arah fahaman liberal kerana menganggap zaman telah maju. mereka menjalani kehidupan secara bebas atas asbab ingin maju seperti negara-negara barat, tidak mengendahkan pantang larang dalam agama Islam, malah perkara yang haram dinormalisasikan dalam masyarakat. Melalui sikap dan tingkahlaku kebanyakan masyarakat Islam kini yang lebih mementingkan populariti, pengikut yang banyak di laman sosial sehingga sanggup menggadaikan akidah demi membuat ‘content’ atau ‘challenge’ yang boleh dikatakan melampau dan menjatuhkan maruah sebagai seseorang yang beragama Islam. Mereka menganggap sekiranya tidak mengikuti trend terkini, maka hidup dalam ketinggalan dan kolot.  Bukan itu sahaja, malah tanpa segan silu mewar-warkan dilaman sosial bahawa telah murtad dan menyalahkan masyarakat atau netizen atas asbab kemurtadannya.

Gerakan Islam liberal memang sentiasa mencari peluang untuk menyebarkan fahaman sesat mereka terutamanya kepada golongan muda di negara ini. Disebabkan golongan muda adalah pengguna media sosial yang paling banyak untuk berinteraksi, mendapat maklumat, berkomunikasi dan membina jaringan sosial, maka gerakan Islam liberal juga menggunakan kelebihan media sosial ini untuk menyebarkan fahaman mereka kepada masyarakat. Kini terdapat lebih daripada 20 laman sesawang yang mempromosi pemikiran Islam liberal dalam media sosial.  Antaranya g25.org, sisterinislam.org.my, musawah.org, kinitv.org, syatibi.com, kmumalaysia.org, projekdialog.com, article19.org, freemalaysiatoday.com, dan lain-lain lagi. Di samping laman sesawang di internet, gerakan Islam liberal juga aktif mempromosi pemikiran liberal melalui berbagai aplikasi lain di media sosial seperti whatapps, telegram, instragram, twitter dan lain-lain. Kini aplikasi tik-tok yang menjadi kegilaan anak muda bahkan orang dewasa juga digunakan oleh golongan Islam liberal untuk menyebarkan fahaman dan pemikiran liberal kepada masyarakat terutamanya kepada golongan muda.

Disebabkan jarum halus ideologi liberalisme yang masuk menjajahi minda masyarakat Islam terutamanya anak muda melalui kemajuan teknologi, perubahan persekitaraan sosial yang sekular dan mengejar material, fashion, gaya hidup mewah, maka umat Islam dilihat telah kabur pandangan dan dilihat terpengaruh dengan agenda liberalisme tanpa sedar. Mereka seolah-olah terpukau dengan kehidupan duniawi sehingga melupakan kepentingan kehidupan sebenarnya untuk mencari bekalan ukhrawi. Bagi merubah 'mindset' dan trend liberalisme tersebut, para pemerintah dan ulamak mempunyai tugas berat dalam memastikan umat Islam sentiasa patuh dan taat pada akidah Islam. Mereka bertanggungjawab 'reset' semula pemikiran umat Islam dengan cara memberi peringatan dan menakutkan manusia dengan ancaman azab mengenai soal agama dan penjagaan iman.

Justeru itu, sedarlah wahai semua umat Islam bahawa kita berada pada zaman yang sangat mencabar dan penuh dengan fitnah. Ancaman-ancaman pemikiran berasaskan liberal ini dikhuatiri mampu memporak-perandakan keharmonian antara umat Islam sendiri. Cukup-cukuplah berkhayal dalam dunia ‘tiktokers’. Sedarlah dan kembali semula pada ajaran Islam yang sebenar. Semoga dengan bersatunya umat Islam dalam mengatasi gejala ini, dapat memelihara akidah kita daripada terpesong.

Sumber: Jurnal Afkar Vol. 18 Special Issue (2016)


 

Comments