BIADAB DAN MELAMPAUI BATAS!!! BANGGA MENGAKU MURTAD DAN MENGAJAK MASYARAKAT UNTUK TURUT MURTAD ADALAH SATU PENGHINAAN KEPADA AGAMA ISLAM YANG PERLU DITANGANI SEGERA
Keharmonian dan keamanan beragama mula dicemari oleh inisiatif individu dan tertentu yang cuba memesongkan akidah umat Islam seterusnya memurtadkannya dengan cara halus. Selepas itu, mereka secara beramai-ramai mengatakan bahawa individu yang murtad itu atas dasar kebebasan beragama, tiada pengaruh pihak lain yang menyebabkan dia murtad. Kemudian kelompok berfikiran liberal itu mendakwa bahawa mereka dianiaya dan dihimpit oleh undang-undang dan kerajaan. Semua yang dinyatakan tersebut sebenanya hanyalah sekadar alasan untuk mengaburi usaha jahat mereka.
Kini wujud pula fenomena baru di media sosial di mana mereka yang murtad dengan berani dan secara bangga mengumumkan kemurtadan mereka, malah mengajak orang lain untuk turut murtad bersama mereka. Tindakan sebegini adalah satu tindakan yang melampau dan secara terang-terang menghina kesucian agama Islam. Kenapa mereka boleh menjadi begitu berani seperti ini? Sebenarnya, mereka merasa terselamat kerana didalangi oleh beberapa gerakan untuk memurtadkan umat Islam di negara ini seperti gerakan Kristianiti, gerakan liberalisme, gerakan ateis dan beberapa NGO yang menyokong gerakan murtad di negara ini. Sebagai contoh, gerakan The Atheist Republic Consulate of Kuala Lumpur, melalui laman facebooknya menyiarkan kebanggaan beberapa individu yang murtad. Malah akhir-akhir ini, semakin ramai individu Islam yang murtad tampil di facebook, instragram dan lain-lain aplikasi media sosial mengaku mereka telah murtad dan mengajak umat Islam lain keluar dari agama Islam serta memasukkan kata-kata penghinaan kepada agama Islam.
Perkara ini perlu dilihat sebagai sesuatu yang amat serius. Murtad wajib dicegah bukan dirawat, kerana rawatan hakiki yang layak bagi orang-orang murtad dan tidak mahu bertaubat adalah kematian. Bukan sahaja telah murtad malah turut menghina Nabi dan Rasul serta agama Islam itu sendiri.
Pihak pemerintah atau pihak berkuasa mempunyai hak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang menimbulkan fitnah dalam masyarakat dengan menghina Rasulullah s.a.w. sehingga boleh merosakkan kerukunan masyarakat. Bahkan dalam Islam, jika diamalkan hukum Islam sepenuhnya, para ulama sepakat bahawa orang yang menghina Nabi layak mendapat hukuman mati.
Kisah-kisah murtad seperti kes Syarifah Farleaton (Lea), kes Sajat yang diragui status agamanya dan beberapa kes murtad lain yang berlaku terutamanya di Malaysia perlu menjadi iktibar kepada semua ibu bapa Muslim supaya memastikan akidah anak-anak kekal teguh. Ibu bapa memainkan peranan yang sangat penting dalam mencorakkan hala tuju dan pegangan agama anak semenjak kecil lagi. Jika tidak diberikan didikan agama yang secukupnya, anak-anak memang mudah terpengaruh dengan dakyah pelbagai pihak yang mengajak umat Islam untuk murtad.
Sumber: Bayan Linnas Siri ke-55, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
Comments
Post a Comment