KESESATAN SYIAH!!! MEYAKINI IMAM SYIAH ADALAH WALI ALLAH YANG MAKSUM, AKAN MENJADI IMAM MAHDI DAN MARTABATNYA LEBIH TINGGI DARIPADA PARA NABI DAN MALAIKAT
Syiah Imam dua belas yang juga dikenali sebagai al-Ja’fariyah merupakan puak Syiah terbesar yang wujud hingga ke hari ini. Mazhab ini mempunyai akidah dan disiplin ilmu yang tersendiri dengan kitab-kitab rujukan dan para ulama yang dianggap muktabar di kalangan pengikut-pengikutnya.
Akidah ‘al-Imamah’ atau dikenali juga dengan ‘al-Wilayah’ disisi mazhab Syiah bermaksud kepimpinan umat selepas Nabi Muhammad s.a.w adalah menjadi hak mutlak dua belas wali atau imam sehingga ke hari kiamat. ‘Imamah’ bagi Syiah merupakan satu jawatan yang ditentukan oleh Allah secara nas dari Nabi Muhammad s.a.w., juga merupakan seorang yang maksum dan dianggap setaraf ‘nubuwwah’ (kenabian). Dengan demikian, pemerintahan Khulafa’al-Rasyidin dan pemerintahan-pemerintahan Islam selepasnya adalah tidak sah dan dianggap perampas hak imam-imam yang mereka senaraikan seramai dua belas orang.
Berdasarkan hadis-hadis palsu karangan Syiah menyatakan bahawa ‘Imamah’ adalah rukun Islam paling utama dan semua yang dianggap mukmin itu adalah yang beriktikad dengan ‘Imamah’ atau 12 tokoh Syiah yang didakwa imam mereka dan terakhir ialah Imam Mahdi. Pengikut Ahli Sunnah Wal Jamaah dianggap sebagai tidak beriman, kafir dan akan menerima azab yang lebih berat daripada Yahudi dan Nasrani.
Kepercayaan pengikut Syiah tidak melakukan solat jumaat kerana menganggap pelaksanaan tersebut hanya dilaksanakan setelah Imam Mahdi yang dinamakan sebagai ‘al-Mahdi al-Muntazar’ muncul di akhir zaman. Oleh sebab itu, mereka melakukan pelbagai kerosakan dan kezaliman kerana ingin menyaksikan segera kemunculan Imam Mahdi. Bersama dengan kemunculan tersebut, akan lahir juga imam-imam lain serta musuh-musuh mereka yang terdiri daripada kaum Quraisy khususnya Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar untuk menerima balasan atas apa yang mereka panggil ‘kezaliman’ terhadap Ahlul Bait.
Inilah kisah disebalik akidah rekaan yang dijadikan garisan pemisah antara iman dan kufur oleh Syiah Imamiyah Isna Asyariyah. Kepercayaan-kepercayaan karut dan keyakinan pengikut Syiah terhadap perkara yang bercanggah dengan ajaran al-Quran dan as-Sunnah adalah sangat bahaya kepada pemikiran dan akidah umat Islam. Dikhuatiri jika dibiarkan doktrin ini tersebar walau secara tersembunyi akan merosakkan akidah umat Islam yang berpegang kepada akidah Ahli Sunah Wal Jamaah dan akan mengancam keselamatan negara ini.
Sumber: Buku Mengenal Hakikat Syiah – Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
Comments
Post a Comment