BAHAYA GERAKAN ISLAM LIBERAL G25!!! MEMUTAR BELITKAN ISU KHALWAT UNTUK MENGELIRUKAN UMAT ISLAM DAN MENGGESA RAKYAT SUPAYA TIDAK MENYOKONG KERAJAAN


Liberalisme agama boleh dirumuskan sebagai pemikiran yang ingin melonggarkan kepercayaan keagamaan atau maksud dengan maksud lain hubungan antara alam, manusia dan Tuhan perlu dibebaskan dari kongkongan Tuhan. Untuk tujuan itu, golongan liberal akan memperjuangkan agar ajaran-ajaran agama dihapuskan dan dilakukan perubahan agar hubungan manusia, alam dan Tuhan boleh ditafsirkan secara terbuka.

Sebagai contoh dalam isu khalwat, kumpulan G25 yang dianggotai sekumpulan bekas penjawat awam, mengenakan gelaran ‘Melayu Profesional’ yang mendukung fahaman sama dengan golongan liberal lantang mengkritik undang-undang syariah dan Islam. Mereka menentang Undang-Undang Khalwat dan mencadangkan agar peruntukan tersebut dikaji semula kerana menganggu privasi dan hak kebebasan manusia atau menceroboh kehidupan peribadi awam.

Malah dalam mempertahankan hujahnya, kumpulan G25 berpendapat hanya Malaysia merupakan satu-satunya negara Islam yang mempunyai undang-undang sedemikian. Mereka menegaskan kenyataan yang dikeluarkan mengenai Undang-Undang Khalwat hanya satu gambaran pendirian kumpulan G25 terhadap isu ‘moral policing’. Perkara ini dihangatkan lagi dengan kenyataan Siti Kassim di dalam laman facebooknya yang berbicara mengenai konsep khalwat sehingga menyemarakkan sokongan dikalangan netizen. Sebagai contoh dalam satu komen netizen yang mana kandungannya menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk membuat satu ‘turning over’ terhadap kerajaan dalam Pilihan Raya Umum ke 15 akan datang.  

Perlu diingat bahawa, Islam tidak menentang kebebasan bersuara. Islam mendukung konsep kebebasan sebagai hak dan prinsip politik yang mesti dihormati, namun kebebasan tidak boleh disalahgunakan sehingga mendatangkan kemudaratan kepada orang lain. Sekiranya prinsip kebebasan tidak melampaui batas maka ianya masih boleh diterima, namun tidak boleh meraikan kebebasan yang melampaui batas kerana kebebasan seperti itu akan menimbulkan masalah besar kepada masyarakat. Apa yang lebih penting lagi ialah prinsip kebebesan dalam Islam tidak boleh disamakan dengan konsep kebebasan Barat kerana kebebasan dalam Islam mesti mengikut panduan Allah dan RasulNya melalui ketetapan yang disyariatkan kepada semua manusia di muka bumi ini.

Sebarang gesaan supaya umat Islam diberi kebebasan untuk murtad, mengamalkan perkahwinan berbeza agama, penyuburan ideologi liberalisme mesti dikawal dan diambil tindakan tegas supaya tindakan yang melampau itu terkawal serta tidak merosakkan lebih ramai orang. Hal ini bertepatan dengan prinsip sadd al-zara’i yang bertujuan untuk menutup pintu-pintu yang boleh membawa kerosakan besar kepada masyarakat. Oleh itu, apa yang dilakukan pihak pemerintah adalah benar kerana menjadi tanggungjawab pemerintah menjaga agama rakyatnya daripada dirosakkan dengan alasan kebebasan yang palsu.

Sumber: Journal of Social Sciences and Humanities, Vol. 13(1), 2018 dan Majlis Ulama ISMA

Comments