BAHAYA KONFLIK DI SELATAN FILIPINA!!!KUMPULAN ABU SAYYAF MASIH AKTIF DAN ANCAMAN TERHADAP KESELAMATAN NEGARA MASIH TINGGI


Konflik dengan corak insurgensi dan terorisme di Filipina Selatan adalah salah satu konflik terpanjang di kawasan Asia Tenggara. Kedatangan dan pertambahan orang luar beragama Kristian di dalam Wilayah Autonomi Islam Mindanao (Basilan, Lanao del Sar, Maguindanao, Sulr dan Tawi-tawi) sehingga menguasai 8/13 daripada wilayah itu samada dari sudut ekonomi, kawasan atau fasiliti atas titah kerajaan Filipina telah menyebabkan kebangkitan Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), yang kemudiannya berpecah kepada kumpulan yang lebih radikal iaitu Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) dan kumpulan Abu Sayyaf (ASG). 

MNLF, MILF dan ASG adalah gerakan yang ditubuhkan bertujuan untuk menubuhkan sebuah kerajaan Islam yang berdaulat. MNLF sebelumnya diketuai oleh seorang Prof. Universiti Filipina, Nur Misuari adalah gerakan pemisah yang lebih bersifat nasionalis (kebangsaan) berbanding dengan MILF dan ASG yang lebih bersifat militan. MILF yang diasaskan oleh Ustaz Selamat Hashim (Kini diketuai oleh Haji Murad) dan ASG yang diasaskan oleh Aburajik Abu Bakar Al-Janjalani (kini diketuai oleh beberapa ketua mengikut kawasan, antaranya Khadaffy Janjalani di kawasan Basilan) telah mendoktrinkan pasukannya berasaskan ideologi al-Qaeda pimpinan Osama Laden bagi melawan kerajaan Filipina dan mendapatkan semula wilayah mereka.

Namun begitu, genjatan senjata selama 9 bulan antara presiden diktator Filipina dan MNLF melalui Perjanjian Tripoli 1976 kononnya menjamin prinsip dasar otonomi Islam di Filipina Selatan akhirnya gagal kerana kerajaan mungkir janji telah menyebabkan MNLF terpisah kepada dua. Satu kelompok masih menyokong kerajaan (kelompok MNLF yang asal) dan satu kelompok lagi tidak bersetuju dengan perjanijian damai tersebut dan membentuk kelompok teroris yang berasaskan ideologi Islamic State (IS). Kumpulan ini adalah kumpulan MILF dan kemudiannya berpecah kepada kelompok yang lebih ekstrim lagi yang digelar Abu Sayyaf Group (ASG).

ASG adalah kumpulan yang lebih bahaya. Walaupun ketua utama kumpulan Abu Sayyaf ini masih tidak jelas, namun Kumpulan ini diketuai oleh beberapa orang mengikut kubu kuat mereka di Selatan Filipina iatu Khadaffy Janjalani di Basilan, Komander Robot@Ghalib Andang di Jolo dan Abdul Asmad di Tawi-Tawi. Mereka telah mengisytiharkan jihad terhadap pemerintah untuk menegakkan Daulah Islamiyyah. Namun begitu, Modus Operandi ASG yang melakukan tindakan pemerkosaan, penculikan, pengeboman dan pembunuhan demi mendapatkan wang tebusan secara jelasnya adalah menyalahi etika jihad yang ditetapkan oleh agama Islam. Oleh sebab itu, ASG dianggap radikal dan sekiranya tidak dibendung boleh mendatangkan isu keselamatan bukan sahaja di Filipina malah di Malaysia.

Bagi mereka, satu-satunya pilihan untuk orang Islam atau warisnya berkuasa ialah dengan mewujudkan kembali Kesultanan Sulu termasuk Sabah tanpa mengira betapa ganas atau berpanjangannya usaha ini. Peristiwa di Lahad Datu adalah salah satu contoh yang menunjukkan perairan Malaysia terancam disebabkan oleh pergelokan di Filipina yang melibatkan pihak kerajaannya dengan kumpulan pemberontak khususnya ASG perlu menjadi iktibar pada Malaysia untuk terus memantau pergerakan kumpulan tersebut demi keharmonian negara.

Jika kita melihat laman facebook ‘Abd Rahman Shalapuddin’ melalui posting-postingnya banyak memuat naik gambar berkaitan pejuang Bangsamoro. Dikhuatiri jika tiada pantauan dibuat samada secara lapangan atau media sosial akan menyemarakkan lagi sentimen terutamanya orang Islam yang tiada pengetahuan asas tentang modus operandi MILF atau ASG mudah terpengaruh untuk turut sama berjihad kononnya atas faktor simpati.

Sumber: Global Strategis, Th. 13, No. 2

Comments