BAHAYA SYIAH!!! MENGGANGGAP UMAT ISLAM AHLI SUNNAH WAL JAMAAH (ASWJ) SEBAGAI KAFIR DAN MENGHALALKAN DARAH MEREKA
Walaupun golongan Syiah asalnya adalah pecahan dari Islam, akan tetapi golongan Syiah mempunyai ajaran akidah dan syariah yang tersendiri berlainan dari ajaran Islam yang asal seperti mana pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ).
Sebagai contoh dari sudut akidah, Syiah menganggap hanya Saidina Ali diwasiatkan secara khusus oleh Rasulullah SAW sebagai khalifah umat Islam. Mereka juga mengangkat darjat ‘imam-imam’ mereka setaraf dengan para nabi dan rasul berikutan dakwaan ‘imam’ mereka turut menerima wahyu walaupun dengan cara berbeza.
Selain itu, dari sudut syariah, Syiah menolak qias. Syiah menolak hadis-hadis sahih yang diriwayatkan oleh perawi-perawi hadis ASWJ seperti Imam Bukhari, Imam Muslim, Imam Tarmizi dan sebagainya kerana mereka hanya menerima hadis yang diriwayatkan oleh perawi Ahlul Bait sahaja. Menurut Syiah juga, hadis bukan hanya semata-mata daripada nabi tetapi termasuk juga apa yang dikhabarkan oleh Imam Dua Belas Syiah yang dianggap maksum dan menyamai kemaksuman nabi-nabi dan rasul-rasul. Oleh itu bagi Syiah, nilai perkataan imam-imam mereka yang dianggap maksum adalah senilai dengan wahyu dan sabda Rasulullah SAW.
Disebabkan Malaysia merupakan negara yang berpegang kepada ajaran ASWJ, maka perkembangan Syiah di Malaysia menjadi satu permasalahan yang perlu diselesaikan sebaiknya bagi menjaga keharmonian negara. Hal ini kerana Syiah menganggap ASWJ adalah lebih kafir daripada iblis dan darahnya adalah halal untuk dibunuh. Walaupun kini golongan Syiah masih berselindung (bertaqiyyah) untuk menzahirkan keyakinan mereka tersebut disebabkan bilangan mereka yang masih minoriti berbanding pengikut ASWJ, namun jika mereka sudah merasa wujud kekuatan, pasti permusuhan terhadap golongan ASWJ akan dizahirkan. Apa yang berlaku di Iran, Iraq, Syria, Lebanon dan di negara-negara yang dikuasai oleh Syiah perlu dijadikan pengajaran dan peringatan buat negara kita. Mereka bertindak membunuh orang Islam ASWJ terutamanya golongan ulama, melakukan kekejaman dan penindasan yang tidak berperikemanusiaan terhadap golongan ASWJ.
Menurut hadis Syiah yang diriwayatkan dari Daud bin Furqad katanya, “Aku berkata kepada Abi Abdillah a.s., apa katamu tentang membunuh Nasibi (gelaran yang diberikan oleh Syiah kepada orang yang tidak beriman kepada imam-imam Ahlul Bait)?” Beliau berkata, “Halal darahnya tetapi aku bimbangkan dirimu, sekiranya engkau boleh merobohkan dinding ke atasnya atau engkau menenggelamkannya di dalam air supaya tiada sesiapun menyaksikan pembunuhan itu maka lakukan”.
Saksikanlah wahai rakyat Malaysia, sekiranya ketaksuban ini boleh membawa keganasan dan perpecahan di dalam negara, maka mengapa kita perlu menutup sebelah mata terhadap perkembangan Syiah di negara ini?
Sumber: Gerakan Anti Syiah Malaysia
Comments
Post a Comment