BERHATI-HATI DENGAN AGAMA BARU CHRISLAM!!AGENDA KESESATAN YANG INGIN MENYATUKAN PELBAGAI AGAMA MENJADI ‘SATU AGAMA’
Fenomena kemunculan ajaran yang mengelirukan seringkali berlaku. Kewujudannya merentasi masa, tempat dan keadaan. Sama ada di zaman awal peradaban Islam, di alaf millineum mahupun akan datang. Paparan isu kebanyakannya didedahkan oleh pihak media secara terbuka. Memandangkan ia berkait rapat dengan agama, maka perhatian terhadapnya diberi satu tumpuan.
Sebagai contoh terdapat satu agama yang kini kian mendapat perhatian dunia yang dikenali sebagai agama Chrislam. Asalnya agama Chrislam yang diasaskan pada tahun 1970an adalah sebuah agama sinkretik Nigeria yang bercampur unsur-unsur agama Kristian dan Islam. Sinkretisme merujuk kepada usaha bagi menyelaras kepercayaan-kepercayaan berbeza atau bertentangan terutamanya dari segi teologi dan mitos keagamaan. Chrislam mencari persamaan antara kedua-dua agama dan mempromosikan kesatuan inklusif kedua-duanya serta mengiktiraf Bible dan al-Quran sebagai teks suci (One World Religion).
Apa yang lebih menggemparkan apabila baru-baru ini dalam artikel Jurusalem Post mengkhabarkan bahawa di Abu Dhabi sedang dibina sebuah tempat pemujaan baru Chrislam (House of One) bagi menyatukan orang Kristian, Yahudi dan Muslim di bawah satu bumbung yang dikenali sebagai ‘Churmosquagogue’. Ianya dijangka siap pada tahun 2022 dan dianggap sebagai pelengkap Rumah Keluarga Abrahamik kepada sebuah lagi ‘House of One’ di Berlin yang telah wujud pada April 2020.
Chrislam dikatakan sebagai kacukan kekristenan palsu Katolik Roma, Islam dan agama Yahudi yang murtad serta menggabungkan ateis, Budhha dan keseluruhan pantheon Zaman Baru. Walaupun fenomena agama ini dilihat jauh dari bumi Malaysia, namun ianya tidak mustahil mampu mempengaruhi terutamanya umat Islam di Malaysia yang tidak mempunyai asas keimanan yang kukuh memandangkan kini ramai golongan belia lebih tertarik untuk berpegang kepada ideologi liberalisme dan ateisme.
Perkara ini secara jelasnya adalah salah dan jelas kandungannya bertentangan dengan ajaran Islam yang sebenar khususnya pada jalan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Fenomena ini menunjukkan dunia semakin tenat, semakin menghampiri penghujungnya dengan munculnya golongan-golongan manusia yang tidak takut malah berani mencabar kredibiliti Tuhan yang Maha Agong, Allah SWT.
Sumber: Religion and Ethics Newsweekly dan Christian Research Institute
Comments
Post a Comment