BERHATI-HATI DENGAN DAKYAH SYIAH!!! KEMUNCULAN PASUKAN IMAM MAHDI SYIAH YANG AKAN MEMBAWA BENDERA HIJAU DARI YAMAN ADALAH SATU PENDUSTAAN
Pada asasnya, fahaman Syiah adalah satu aliran mazhab dalam pemikiran Islam yang mempercayai bahawa Saidina Ali lebih layak dilantik sebagai khalifah dan pewaris kepada Rasulullah s.a.w. Namun, fahaman Syiah ini mula dianggap sesat apabila mereka taksub mengangungkan Saidina Ali sehingga sanggup mengkafirkan para sahabat nabi terutamanya Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar yang dianggap telah merampas jawatan Khalifah daripada Saidina Ali.
Di Malaysia, kewujudan gerakan Syiah bukan lagi rahsia. Gerakan Syiah ini dilihat semakin berkembang dan mula bergerak secara terancang mengembangkan ideologinya di negara ini. Sememangnya gerakan Syiah merisaukan masyarakat kerana fahaman ini disebarkan secara meluas kepada umum menerusi pelbagai medium.
Sebagai contoh menerusi laman facebook ‘Tok Ayah Abah’ yang menggunakan imej ustaznya untuk menarik pengikut Syiah dengan cara berkongsi doa-doa ajaran Syiah seperti doa kumail dan doa yamani. Selain itu, facebook ‘Nurul Syahirah’, dan ‘Afizah Amit’yang selalu berkongsi ideologi-ideologi Syiah mengenai Imam Mahdi dan tanpa segan silu menyebarkan ketaksuban kata-kata Saidina Ali dan sering membandingkan dengan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah dengan Syiah.
Kita juga tidak mahu gerakan Syiah di Malaysia bertindak menubuhkan tentera Syiah sepertimana yang berlaku di Yaman yang bangkit memberontak terhadap kerajaan dengan sokongan pelbagai negara naungan Syiah. Hal ini diutarakan dalam penulisan kerana menerusi kajian, kita dapati beberapa laman facebook seperti ‘Anuar Yusof’ sering memuat naik penyataan yang mengangungkan negara Yaman yang dikatakan tidak akan dikalahkan oleh mana-mana negara termasuklah negara-negara Arab, Zionis Israel, Amerika, Inggeris dan Perancis yang didakwa mendapat sokongan PBB secara rahsia. Hal ini kerana menurut kepercayaan pengikut Syiah, Imam Mahdi akan lahir di Yaman, maka ‘Pasukan Imam Mahdi Berbendera Hijau’ adalah pasukan yang tiada tandingan dan sukar dikalahkan oleh mana-mana pihak.
Sungguhpun gerakan Syiah di negara ini dianggap belum memberi ancaman kepada keselamatan negara pada tahap yang serius, namun pengaruh dan propaganda yang semakin berkembang di negara ini perlu dibendung dan dilihat dengan lebih serius. Dikhuatiri jika tidak dicegah, perkembangan Syiah ini mampu memecahbelahkan umat Islam dengan ajaran sesat yang dibawa oleh mereka.
Sumber: Jurnal E-Bangi, Vol. 13, No.3 (2018
Comments
Post a Comment