BULAN RAMADHAN BULAN 'MAGHFIRAH' (PENGAMPUNAN DOSA)JADIKAN RAMADHAN UNTUK BERMUHASABAH DAN MEMBAIKI DIRI
Rasulullah SAW bersabda:
“Sesungguhnya telah datang kepadamu bulan Ramadhan (dengan kelebihan yang lain): Bulan penuh keberkatan, Allah memfardhukan puasa atas kamu, dibuka pintu-pintu Syurga, dikunci pintu-pintu Neraka, dibelenggu Syaitan (supaya tidak mengganggu umat Muhammad S.A.W daripada melakukan pelbagai ibadat), di dalam ada Malam Qadar iaitu satu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Sesiapa yang tiada diberikan kebajikan malam itu maka sesungguhnya dia tidak diberikan kebajikan kepadanya."
Sesungguhnya, bulan Ramadhan yang menjelma selama sebulan ini adalah masa yang terbaik bagi kita sebagai umat Islam untuk menggunakan peluang yang diberikan oleh Allah SWT bagi memperbaiki diri daripada dosa-dosa yang lalu. Oleh sebab itu, bulan Ramadhan digelarkan sebagai bulan ‘maghfirah’ (pengampunan dosa). Allah SWT memberikan kita tempoh sebulan untuk kita bermuhasabah diri, melebihkan amal ibadah dengan ganjaran pahala yang berlipat-lipat ganda. Adakah kita mahu mensia-siakannya?
Bulan Ramadhan adalah yang masa terbaik untuk kita bermuhasabah dan meminta ampun kepada Allah SWT serta memperbaiki diri melalui latihan 'madrasah ramadhan' dengan melakukan ibadah puasa yg sebenar. Ini kerana puasa bukan sekadar menahan makan dan minum saja tetapi menahan mata, telinga, mulut, tangan, kaki, pemikiran dan menjaga hati supaya tidak riak, sum'ah, ujud, sombong dan lain-lain.
Marilah kita mempergunakan peluang yang ada di bulan Ramadhan ini untuk menghitung segala amalan, dosa-dosa yang kita lakukan sebelum ini. Kemudian mari kita sama-sama memperbaiki diri kita sebagai persiapan untuk menuju ke alam akhirat yang kekal abadi. Ketahuilah harta benda, pangkat dan wang ringgit yang kita ada bukan jaminan untuk mendapat syurga Allah kecuali kita gunakan dengan sebaik mungkin mengikut jalan yang oleh tunjukkan melalui perantaran Rasulullah SAW. Oleh itu, sempena bulan yang mulia dan penuh barokah ini, marilah kita membaiki amalan yang kita dengan sebaik mungkin kerana dengan amal soleh yang kita lakukan di dunia ini sahaja yang akan menyelamatkan kita apabila bertemu dengan Allah SWT di akhirat kelak. Sebagaimana firmanNya:
“Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat); dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (QS al – Hasyr: 18)
Jadilah Muslim yang sebenar-benarnya pada bulan Ramadhan ini kerana peluang ini akan datang sekali dalam setahun. Kita tidak tahu apa untung nasib kita di tahun hadapan, adakah kita sempat untuk bertemu dengan Ramadhan yang seterusnya? Atau ketika itu jasad kita sudah terpisah dengan roh? Gunakanlah kesempatan yang diberikan oleh Allah SWT pada Ramadhan kali ini untuk menjadi Muslim yang benar-benar bertakwa. Firman Allah SWT:
“Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah sebenar-benar takwa kepada-Nya; dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam.” (QS Ali Imran: 102).
Sumber: Laman Web Rasmi Jabatan Kehakiman Syariah Perak
Comments
Post a Comment