FAHAMAN ISLAM LIBERAL YANG BERTENTANGAN DENGAN FAHAMAN AHLI SUNNAH WAL JAMAAH MEMBERI IMPLIKASI YANG SANGAT BESAR TERHADAP UMAT ISLAM DI NEGARA INI


#TOLAK ISLAM LIBERAL#

Mutakhir ini seringkali isu penyebaran fahaman Islam liberal dimainkan sama ada di media sosial mahupun di arus perdana. Fenomena ini menimbulkan keresahan banyak pihak, kerana pemahaman Islam liberal bertentangan dengan metod pemikiran Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Mereka membawa pemikiran yang menyimpang jauh dari ajaran Islam sebenar terutama dalam soal hukum hakam yang disepakati oleh ulamak dan juga beberapa isu akidah. Kumpulan ini dibayangi oleh beberapa pertubuhan peringkat antarabangsa dan serantau dan dinaungi oleh Kumpulan Hak Asasi Manusia dan sebagainya menyebabkan mereka berasa ‘kebal’.

Terdapat banyak implikasi fahaman Islam Liberal terhadap umat Islam yang boleh dinyatakan. Antaranya ialah:
1. Menyelewengkan akidah dan ibadat umat Islam
2. Berlaku perpecahan dalam masyarakat
3. Berlaku peristiwa keganasan dalam masyarakat
4. Terjadi keretakan rumahtangga serta menggugat keharmonian masyarakat Islam
5. Masyarakat tidak puas hati sehingga mampu menimbulkan tindakan keganasan
6. Melanggar fatwa dan mencabar undang-undang
7. Menerapkan nilai atau ideologi melalui sistem pendidikan ekslusif
8. Mendapat peruntukan kewangan daripada kumpulan-kumpulan yang menentang Islam
9. Menghasut dan mempengaruhi masyarakat untuk menyokong ideologi songsang
10. Perasaan simpati atau pembabitam kakitangan jabatan dalam kumpulan-kumpulan tertentu menyebabkan hasil siasatan tidak telus dan tindakan undang-undang sukar dijalankan

Akidah adalah tonggak kepada kekuatan ummah dalam menghadapi pelbagai cabaran. kelumpuhan akidah ummah membuka ruang kepada musuh-musuh melancarkan serangan demi serangan semata-mata bagi melemahkan kekuatan roh Islam dan akidah umat.

Bagi umat Islam, kembalilah kepada akidah Islam sebenar kerana ianya adalah jalan terbaik dan diredhai Allah. Kesan tidak menjaga akidah mengakibatkan munculnya penularan fahaman liberal dan ajaran-ajaran yang meragukan. Maka tidak hairanlah jikalau kita melihat pada hari ini keruntuhan moral dan gejala sosial semakin subur dalam kalangan masyarakat Islam disebabkan akidah yang kian pudar.

Sumber: Seminar Kebangsaan Pencegahan Jenayah Syariah 2018, JAKIM

Comments