Ketahuilah bahawa ajaran Hizbut Tahrir adalah ajaran yang boleh membawa kepada fahaman radikal. Dalam perjuangan politik, kumpulan Hizbut Tahrir nyata terserlah dengan kegiatannya menentang penguasa, menganggap pemerintah negara Islam sebagai pengkhianat dan persengkokolan dengan musuh umat Islam. Mereka juga melancarkan kritikan terhadap pemimpin atau penguasa yang mereka anggap telah mengabaikan hak-hak umat serta tidak menjalankan kewajiban mereka terhadap umat mengikut pandangan mereka.
Gerakan Hizbut Tahrir juga turut mengadakan beberapa laungan demonstrasi menentang sistem demokrasi di beberapa buah negara Islam seperti di Indonesia, Turki, Palestin, Bangladesh, Lubnan, Pakistan, termasuk juga di Malaysia dan di beberapa negara bukan Islam seperti di United Kingdom dan beberapa negara lain lagi.
Hizbut Tahrir cepat memfitnah umat Islam dengan pelbagai gelaran seperti Jabariyyah, Ahli Sunah Wal Jamaah (ASWJ) adalah kumpulan terhina dan lain-lain. Mereka menghukum negara Malaysia dan Indonesia sebagai Negara kafir yang halal untuk membuat apa sahaja ke atasnya. Hizbut Tahrir juga menghukum seluruh umat Islam tanpa terkecuali semenjak ratusan tahun yang lalu sebagai mati dalam dosa besar seperti kekufuran orang jahiliyyah kononnya atas dasar tidak mendirikan khilafah mengikut cara Hizbut Tahrir.
Hizbut Tahrir bukan sahaja menghina dan mencela akidah ASWJ, malah mengkafirkan ulama Islam yang berpegang kepada fahaman aliran akidah Al-Asy'irah (memahami akidah melalui pemahaman sifat 20) dengan gelaran Al-Jabariyyah yang kafir. Atas penyelewengan inilah ramai alim ulama terkenal dunia termasuk Sheikh Yusuf Qardawi dan beberapa ulama di Arab Saudi mengeluarkan kenyataan bahawa pemikiran akidah pertubuhan Hizbut Tahrir menyimpang daripada Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Sedarilah seluruh umat Islam bahawa tidak akan muncul Tentera Islam (Hisbūllāh) yang sebenar sehinggalah munculnya Imam Mahdi dan tidak akan tertegaknya Daulah Islam melainkan yang ditegakkan sendiri oleh Baginda Nabi Isa a.s. Bangkitnya Islam di akhir zaman adalah kerana munculnya Imam Mahdi dan turunnya Nabi Isa a.s., bukannya oleh orang awam atau manusia biasa-biasa yang jahil lagi sesat yang mengikut hawa nafsu semata-mata, yang lebih banyak melakukan kerosakan ke atas umat Islam.
Sumber: Jurnal Pengajian Islam, Akademi Islam, KUIS BIL 8, ISU 1:2015, Majalah Al-Kuliyyah, Jabatan Agama Islam Selangor, Disember 2008
Comments
Post a Comment