PEMAHAMAN SESAT GOLONGAN LIBERAL!!!KEBEBASAN INDIVIDU ADALAH HAK MUTLAK TERAGUNG YANG PERLU DIIKTIRAF


Seorang pemikir liberalisme barat, John Stuart Mill menyatakan bahawa masyarakat mesti membenarkan setiap individu untuk bebas melakukan sebarang tindakan, bebas berfikir dan mencari kebahagiaan sendiri selagi tidak mencederakan orang lain.

Falsafah liberalisme yang diasaskan oleh beliau inilah yang menjadi sandaran kepada negara di Barat untuk memberi kebebasan terhadap pornografi, pengguguran kandungan dan aktiviti pelacuran.

Fahaman liberalisme di Malaysia pula dikaitkan dengan isu LGBT. Golongan LGBT dilihat mengambil pakai apa yang ditulis oleh Mill sebagai sandaran perbuatan LGBT itu tidak menyusahkan dan mencederakan sesiapa, maka mereka perlu diberikan kebebasan.

Golongan liberal turut menafikan segala hak mutlak lain sama ada Tuhan, agama atau wahyu kerana menganggap kebebasan individu adalah hak mutlak teragung yang mendewakan manusia menggantikan Tuhan. Maka berlakulah pendewaan akal manusia yang menentukan segala-galanya, bukan lagi Tuhan dan agama.

Jika dahulu Tuhan didewakan, tetapi kini manusia didewakan. Oleh sebab itu kita dapat melihat peningkatan maksiat semakin ketara dan tanpa segan silu memperlakukan sebarang perkara serta tiada lagi peradaban yang melambangkan jati diri sebagai manusia.

Sumber: Afkar Vol.20 (2018), CASIS, Universiti Teknologi Malaysi

Comments