AWAS, BAHAYA GERAKAN ISLAM LIBERAL!!! MENYEMAI SIKAP EKSTREMIS DAN MEMPERJUANGKAN FAHAMAN YANG BERCANGGAH DENGAN ISLAM
Kemunculan fahaman sesat sering berlaku setiap zaman, namun kita perlu menyedari akan ancaman kesesatan aliran pemikiran moden yang berjaya normalisasikan Islam dengan falsafah pemikiran Barat sepertimana fahaman Islam Liberal.
Secara zahirnya mereka mengaku beragama Islam dan mengamalkan isi kandungannya akan tetapi menurut perspektif yang berbeza dengan kehendak Islam. Mereka malah cuba selarikan dan mengubah tafsiran sesuatu perintah Allah dengan keadaan zaman sedangkan apa yang diperintahkan Allah adalah sesuai sepanjang zaman. Bahaya fitnah dan kerosakan pemikiran fahaman Islam Liberal tersebut tersebut begitu besar kepada agama Islam.
Bermula dengan fundamental yang salah dalam memahami ajaran Islam iaitu memahami Islam mengikut fahaman Barat yang berasaskan sekularisme, liberalisme dan pluralisme, ianya mampu berubah kepada bentuk radikal dan ekstrem seperti kumpulan-kumpulan militan Islam Daesh, Jemaah Islamiah, al-Qaeda dan sebagainya.
Apa yang membimbangkan, kesucian agama adakalanya dinodai oleh orang yang kurang memiliki hikmah dan mereka yang cuba menyelit nilai, prasangka dan agenda peribadi kerana mahu menjuarai dan mensensasikan sesuatu isu atas nama agama berpotensi mencetuskan porak-peranda dan malapetaka.
Fitrah mereka telah dirosakkan oleh sikap ekstremisme dan mematikan nilai kemanusiaan yang ada. Ia turut membutakan mata hati sehingga sanggup membelakangi nilai dan prinsip kemanusiaan.
Justeru itu, mengapa perlu lagi percaya kepada ajaran atau fahaman selain daripada agama Islam jika ianya membawa lebih keburukan bukan sahaja pada diri sendiri malah turut memberi ancaman kepada keselamatan negara akibat terlalu taksub dan ektremis dalam fahaman tersebut sehingga mengenepikan agama dan soal kemanusiaan.
Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Comments
Post a Comment