AWAS DENGAN GERAKAN KRISTIANISASI DI MALAYSIA!!!BERHATI-HATI DENGAN DAKYAH HALUS AGENDA TERSIRAT DAN TERSURAT GERAKAN KRISTIAN EVANGELIS ANTARABANGSA
Gerakan Kristianisasi ialah usaha orang-orang Kristian mengajak manusia (non-Christian) untuk menganut agama Kristian sama ada dilakukan secara terang-terangan mahupun tersembunyi. Dalam al-Quran juga Allah telah berfirman mengenai wujudnya gerakan Kristianisasi dalam kalangan masyarakat Muslim yang bermaksud:
“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang terpesong itu)” [Surah al-Baqarah ayat 120]
“Segolongan dari Ahli Kitab suka dan berangan-angan kiranya mereka dapat menyesatkan kamu; padahal mereka tidak akan menyesatkan melainkan dirinya sendiri, dan mereka pula tidak menyedari (akibat yang buruk itu)” [Surah ali-Imran ayat 69]
Dakyah halus agenda Kristianisasi ke atas umat Islam seluruh dunia bukan suatu yang disorok. Pelbagai kaedah telah dilakukan oleh evangelis gerakan Kristian dengan ada yang jelas dizahirkan secara terbuka dan banyak lagi yang dilakukan secara halus dan tersembunyi.
Salah satu strategi yang diuar-uarkan mereka ialah disebut sebagai “Jendela 10/40” (10/40 window) yang merujuk kepada negara-negara yang terletak di antara garis lintang 10 darjah hingga 40 darjah ke utara garisan khatulistiwa. Hampir kesemua negara ini adalah majoriti penduduknya beragama Islam atau mempunyai bilangan penduduk beragama Islam yang besar (India, China).
Walaupun gerakan Kristianisasi ini diketahui umum, namun terdapat terlalu banyak strategi gerak-kerja evangelis ini yang tersirat di mana ianya nampak neutral dan murni luarannya dan tiada apa-apa yang perlu dibimbangi oleh orang-orang Islam kerana jarum halus mereka ini amat manis sekali. Dengan gerak-kerja tersirat sebeginilah mereka memperolehi simpati dan dokongan orang-orang Islam sendiri.
Di antara gerak kerja mereka ialah berselindung di belakang misi kemanusiaan seperti mana yang mereka telah lakukan di Afghanistan dan Iraq. Mereka juga lakukan sedemikian di kawasan-kawasan yang dilanda malapetaka seperti bencana tsunami di Acheh. Mereka juga melakukan pelbagai usaha “kebajikan” untuk membantu masyarakat tetapi mempunyai motif bagi mendekati mereka yang hendak didakyahkan. Ini dilakukan dengan menyediakan rumah kebajikan atau rumah perlindungan (shelter home) untuk warga tua, pesakit HIV/AIDS, mereka yang gelandangan, remaja bermasalah dan yang seumpamanya.
Oleh itu, sedarlah semua umat Islam bahawa selagi mana nyawa masih dikandung badan, janganlah pernah lelah untuk menuntut ilmu dan menguatkan akidah kerana penghujung zaman pasti menjanjikan Islam akan terus ditentang dan dipengaruhi sama ada secara sembunyi mahupun terang-terangan bagi memastikan agenda kristianisasi mereka tercapai.
Sumber: Kertas Pembentangan di Konvensyen Ilmu Islam, 2013.
Comments
Post a Comment