FAHAMAN SUNNI MEMOTIVASIKAN EKSTREMISME??? AWAS!!! JANGAN TERPENGARUH DENGAN PROVOKASI SYIAH YANG CUBA MENANAMKAN KEBENCIAN KEPADA ORANG-ORANG SUNNI


Ancaman terhadap keselamatan negara hari ini tidak lagi terbatas kepada peperangan semata-mata. Ancaman bukan tradisonal seperti perbalahan mazhab dan konflik agama turut memberi kesan terhadap nilai teras sesebuah negara. Di Malaysia, walaupun fahaman Ahli Sunnah Wal Jemaah diisytiharkan sebagai pegangan rasmi, namun masih terdapat segelintir masyarakat yang difahamankan semakin besar bilangan ahlinya dari hari ke hari berpegang kepada fahaman Syiah.
 
Peningkatan jumlah pengikut Syiah di Malaysia mendatangkan kegusaran bukan sahaja kepada kerajaan, malah juga kepada masyarakat, kerana soal keselamatan bukan bergantung kepada populasi majoriti atau minoriti anggota fahaman tersebut. Desakan yang berterusan ke atas kumpulan minoriti juga sebenarnya mampu mewujudkan fenomena yang disebut sebagai ‘the concept of stress’ atau mewujudkan tekanan ke atas kumpulan minoriti akibat daripada keperluan tidak dipenuhi seperti kebebasan bersuara dan sebagainya sehingga kelompok ini akan menterjemahkan protes di luar demokrasi.

Sebagai contoh baru-baru ini terdapat sebuah artikel yang ditulis oleh pelajar Malaysia dari Yusof Ishak Institute, Singapore (ISEAS) bertajuk “Rethinking Extremism Beyond Physical Violence: Anti-Shia Hostility in Malaysia”. Menurut artikel ini tindakan keganasan didorong oleh idea atau wacana yang memotivasikan seseorang itu untuk melakukan tindakan keganasan. Permusuhan anti-syiah di Malaysia juga dikatakannya mampu membawa kepada seseorang itu bersifat ekstremisme. Artikel ini turut disokong dan mendapat perhatian daripada Faisal Tehrani yang merupakan seorang figura tersohor di Malaysia yang menyokong fahaman Syiah secara terang-terangan dengan menyatakan bahawa walaupun Syiah adalah kelompok minoriti di Malaysia, namun agama Syiah berada di landasan yang betul berbanding dengan agama Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ). Menurutnya lagi, walaupun ASWJ adalah agama majoriti namun fahaman inilah yang membawa keganasan kepada mereka sehingga boleh mengancam keselamatan negara.

Kegagalan mengawal konflik antara Sunni-Syiah ini dikhuatiri boleh mengundang ketidakstabilan dalam sesebuah negara. Contohnya di Saudi, peristiwa pemberontakan masyarakat Syiah di Qatif selain dari penaklukan Juhayman al-Otaibi ke atas Masjidil Haram di Mekah pada tahun 1979 boleh dijadikan pengajaran bagi negara Malaysia. Langkah untuk mencegah pemahaman Syiah dari peringkat awal lagi perlu dilakukan sebelum ia merebak dengan lebih luas sehingga boleh mempengaruhi akidah umat Islam dan menimbulkan ancaman keselamatan kepada negara.

Sekiranya Malaysia tidak mengambil pendekatan awal bagi menangani peningkatan jumlah penganut fahaman Syiah di negara ini, tidak mustahil akan wujud perselisihan fahaman antara golongan Sunni dan Syiah. Rakyat Malaysia yang majoritinya berpegang kepada fahaman ASWJ juga tidak diajar untuk bermusuhan atau melakukan tindakan keganasan apatah lagi sesama umat Islam sendiri. Namun, sekiranya ia bertentangan dengan akidah yang ditetapkan al-Quran dan as-Sunnah ianya haruslah ditangani dengan penuh hikmah bagi menjamin kemaslahatan ummah dan keutuhan keselamatan sesebuah negara.
 
Sumber: ISEAS Perspective ISSUE: 2021 No. 81 dan Journal Social Sciences and Humanities

Comments