GOLONGAN ATEIS YANG MEMBURUK-BURUKKAN RASULULLAH S.A.W ADALAH SUATU TINDAKAN YANG MENGHINA AGAMA ISLAMKENAPA MASIH TERPENGARUH DENGAN GOLONGAN YANG SESAT DAN EKSTREMIS INI????


Belum reda lagi kisah tindakan golongan ateis republik menghina Allah dengan cetakan grafik di T-Shirt ‘Allah is gay’, kini mereka tampil lagi dengan menghina Nabi Muhammad s.a.w pula. Dalam satu posting Facebook ‘Warung Atheist’ ada memuat naik infografik memburuk-burukkan peribadi Nabi Muhammad s.a.w kerana dikatakan Baginda  mengahwini Aisyah sewaktu berusia 9 tahun, yang masih kanak-kanak di bawah umur. 

Tindakan ini adalah agenda jahat golongan ateis yang sengaja mencetuskan provokasi dalam kalangan umat Islam sendiri dan menuduh umat Islam kini terutamanya para ulamak terikut-ikut perangai buruk yang dibawa Nabi Muhammad s.a.w. Isu perkahwinan Rasulullah s.a.w. ini dijadikan hujah untuk kumpulan ateis dan kumpulan liberal Barat sebagai modal untuk mereka memburukkan Baginda Nabi s.a.w dan memburukkan Islam. Sedangkan amalan tersebut bukan suatu amalan yg ganjil di zaman tersebut kerana ia bukan sahaja berlaku dalam kalangan masyarakat Islam malah diamalkan juga dalam budaya silam masyarakat dunia yang lain seperti di China, Jepun, India, Babylon, Rom, Athens, Yahudi dan Ktistian di Eropah.

Semua ini membuktikan bahawa gejala ateisme khususnya dalam kalangan masyarakat Islam Malaysia kini berada pada tahap membimbangkan. Disebabkan kurangnya penguatkuasaan atau tindakan yang dikenakan terhadap kesalahan seperti ini membuatkan mereka menjadi lebih berani tampil secara terang-terangan menghina Allah s.w.t. dan Nabi Muhammad s.a.w, malah menuduh, mengugut sesiapa sahaja yang menghalang mereka dari memperjuangkan hak kebebasan mereka. 

Banyak perkara yang berlaku ini memperlihatkan mereka yang berfahaman ateis ini hanya berpegang kepada logik akal semata-mata dan menuduh agama adalah suatu bentuk penindasan serta kezaliman yang melemahkan munculnya kebenaran. Begitu juga dengan Karl Marx yang merupakan seorang tokoh sosialis dan kapitalis berpendapat bahawa semua agama di dunia hendaklah dimusnahkan terlebih dahulu sebagai proses membina alam agar manusia menjadi Tuhan.

Kemuncaknya, para tokoh ateisme mengisytiharkan bahawa Tuhan telah mati dan manusia perlu menggantikan Tuhan. Malah, pemikiran ateis pada abad ini menyatakan bahawa sekiranya dikatakan Tuhan belum lagi mati, maka adalah menjadi tugas manusia yang rasional untuk membunuh Tuhan.

Ketaatan dan kecintaan kepada Allah s.w.t serta Nabi  Muhammad s.a.w ialah kunci syurga kepada setiap umat Islam tetapi kita lalai mengerjakan perintah atau meninggalkan laranganNya serta tidak mengamalkan Sunnah-sunnah Baginda s.a.w. Sekiranya kita sebagai umat Islam juga turut mengamalkan sikap acuh tidak acuh terhadap amalan akidah kita, maka tidak mustahil kita juga boleh terpengaruh dengan pelbagai fahaman sesat termasuklah fahaman ateisme ini. Justeru itu, sebelum kita menyalahkan mana-mana pihak, tepuk dada tanya iman?

Sumber: Majlis Agama Islam Selangor

Comments