PERLAKUAN MURTAD ATAS ALASAN MEMPERTAHANKAN HAK KEBEBASAN DIRI ADALAH FALSAFAH LIBERALISME BARAT YANG SESAT DAN MENGHINA KESUCIAN ISLAM MALAH BOLEH MENGANCAM KETENTERAMAN AWAM


Salah satu tuduhan yang paling kerap ditimbulkan terhadap Islam melibatkan kebebasan beragama. Menurut pengkritik, Islam tidak mempunyai sebarang kebebasan dan inilah punca seseorang Islam itu ingin murtad.

Kritikan ini mungkin kelihatan ganjil pada pandangan masyarakat Islam mahupun pihak-pihak yang mendalami sejarah-sejarah Islam. Hal ini kerana sejarah telah membuktikan bahawa kedua-dua agama Islam dan peradaban Islam telahpun menunjukkan sebuah tahap toleransi agama sama ada kepada umat Islam sendiri mahupun masyarakat berlainan agama.

Apa yang menarik adalah dimensi murtad ini dilihat sebagai tindakan mengkhianati dan mereka menjadi penentang yang aktif terhadap komuniti Islam. Pada masa yang sama masalah murtad ini bukan mengenai seseorang yang kononnya mendakwa ingin mempraktikkan hak kebebasan, namun sebenarnya perlakuan tersebut menjadi sebuah perlakuan umum yang menghina kesucian Islam dan boleh memberi ancaman ketenteraman awam.

Hal ini kerana ulama Islam berpendapat bahawa murtad adalah satu jenayah, penghinaan terhadap agama Islam malah jika dibiarkan terus berlaku, ia boleh mendatangkan ancaman ke atas ketenteraman awam atas identiti pengakuan murtad tersebut. Hal ini disebabkan individu yang murtad akan menimbulkan kebimbangan dan kemarahan umat Islam yang lain yang berpegang teguh dengan ajaran Islam. 

Sejarah juga telah membuktikan bahawa kekeliruan yang berlaku dalam beriktikad kepada akidah Islam mampu menyelewengkan manusia daripada ajaran Islam yang sebenar, menimbulkan huruhara dan mengancam keselamatan negara hingga membawa kepada pertumpahan darah.

Sumber: yaqeeninstitue.org dan Kertas Projek RMC, Universiti Teknologi Malaysia

Comments