ATEIS MENOLAK KEWUJUDAN TUHAN ADALAH FAHAMAN YANG BERTENTANGAN DENGAN AJARAN ISLAM DAN AGAMA-AGAMA LAIN, MALAH BERCANGGAH DENGAN NALURI KEMANUSIAAN. KENAPA MASIH TERPENGARUH DENGAN KESESATAN ATEIS?


Dalam sejarah Ateisme di Barat, Ateis yang agak ilmiah pendekatannya adalah yang bersikap kritis terhadap ajaran Kristian dan institusi gereja. Antara tokoh yang popular adalah Giordano Bruno, Pierre Carvin Paul Tillich dan Schleirmacher. Mereka adalah pengkritik ajaran Kristian dan dianggap ateis. Nietzche mendakwa “Tuhan sudah mati”.

Ateisme pada awal era moden muncul kerana agama Kristian pada ketika itu seakan tunduk sepenuhnya kepada falsafah. Ia diterajui oleh pemikir dan ahli falsafah seperti Lessius, Mersenne, Descartes, Malebrance dan Clark. Kesamaan mereka adalah berbicara tentang Tuhan, tanpa menyebutkan tentang Jesus.

Ateisme terbina atas asas kebencian dan kebebasan sepenuhnya daripada agama. Ada yang menolak kewujudan Tuhan, ada yang menolak kerelevenan agama, ada yang menolak pengetahuan tentang Tuhan dan kewujudan-Nya.

Berbeza dengan Islam, Al-Quran memberikan perumpamaan yang ringkas dan padat terhadap mana-mana individu ataupun golongan yang tidak mempercayai adanya Allah SWT. Firman Allah SWT dalam Surah al-Tur ayat 36:
Maksudnya: “Adakah mereka yang mencipta langit dan bumi itu? (Sudah tentu tidak!) Bahkan mereka adalah orang-orang yang tidak meyakini (kebenaran apa yang mereka pernah mengakuinya”.
    
Satu penyelidikan mengenai Global Index of Religiousity and Aetheism 2012 oleh WIN-Gallup International menggambarkan perkembangan membimbangkan. Kajian membabitkan 50,000 peserta dari 57 negara mendapati rakyat di beberapa negara Islam yang dianggap konservatif dan kuat beragama sudah ramai dan berani mengakui yakin mereka memang ateis (convinced atheists). Pada mereka, agama adalah ciptaan manusia dan mempunyai amalan kuno yang merosakkan masyarakat. Bahkan konsep Tuhan sendiri dipersoal dan ditolak kerana ia dikatakan tidak logik dan tidak sesuai dengan masyarakat moden.

Sumber: tanwir.my

Comments