AWAS!!! ANCAMAN GOLONGAN LIBERAL SEMAKIN SERIUS. KEBIADABAN GOLONGAN LIBERAL YANG SEMAKIN BERANI MEMPERTIKAI DAN MENGHINA SYARIAT ISLAM BOLEH MEMECAHBELAHKAN MASYARAKAT
Fahaman liberal adalah satu bentuk aliran pemikiran yang berjuang untuk mengamalkan hak kebebasan bersuara dan hak kebebasan beragama. Pemikiran ini dilihat memberi ancaman kepada keharmonian beragama kerana penafsiran yang dibuat dalam hal berkaitan agama bergantung kepada perspektif rasional akal dan kontekstual semata-mata.
Dari sudut politik, liberalisme mempromosi pemikiran yang berpusat pada kebebasan individu yang dianggap memiliki hak dalam pemerintahan seperti hak untuk bersuara, hak yang perlu dihormati, hak berekspresi serta boleh bertindak bebas dari ikatan-ikatan agama dan ideologi sepertimana yang diperjuangkan golongan G25 dan sokongan yang ditunjukkan diperingkat antarabangsa terhadap hak asasi kemanusian.
Dalam konteks sosial, liberalisme diertikan sebagai suatu etika sosial yang membela kebebasan (liberty) dan persamaan (equality) secara umum. Liberalisme juga jika durujuk kepada individu, ia bermaksud setiap individu mempunyai kebebasan mutlak sebagai pencipta dan penentu tindakan. Dengan maksud lain, kejayaan dan kegagalan seseorang itu ditentukan oleh tindakan dan pilihannya sendiri. Diri sendiri bebas memilih tindakan yang sesuai atas pertimbangan akal semata-mata.
Antara individu yang semakin berani dan biadap mengkritik dan menghina syariat Islam ialah Siti Kassim. Beliau adalah seorang peguam yang sejak dahulu lagi secara terang-terangan dengan lantang dan berani mengkritik serta menghina syariat Islam seolah-olah tidak ada tindakan yang boleh diambil terhadapnya. Pelbagai kenyataan yang dibuat di media sosial secara terbuka seperti kenyataannya “surau-surau menjerit-jerit azan sesama sendiri, sangat bising’. Bahkan sebelum ini pun beliau menghina sekolah tahfiz, mengatakan syariat Islam yang menyebabkan masyarakat Islam menjadi mundur, subjek agama Islam seperti sampah, menyokong LGBT, dan pelbagai penghinaan terhadap agama Islam lagi. Kenyataan beliau ini bukan sahaja biadap, menghina Islam malah dibuat dengan berani sebagai seorang yang murtad yang mengatakan Islam adalah agama yang tak betul. Kebiadaban melampau oleh kumpulan liberal ini terutamanya oleh golongan professional, penjawat awam dan ‘public figure’ seperti Siti Kassim ini, yang dalam kad pengenalannya adalah Islam seharusnya diambil tindakan kerana menghasut masyarakat untuk berfikiran liberal dalam segala aspek termasuk hal agama.
Fahaman liberal ini merupakan suatu usaha gigih ahli falsafah Barat untuk mengikis status quo ajaran-ajaran agama dalam sistem politik dan sosial. Kesannya, agama sering dipisahkan dalam setiap tindak tanduk atau rutin kehidupan harian yang dilakukan. Malah mereka menganggap agama sebagai punca segala aktiviti mereka disekat dan tiada kebebasan diri sepertimana yang terjadi pada Siti Kassim. Perkara ini perlu diberi perhatian sewajarnya supaya tidak wujudnya perkembangan fahaman Islam Liberal dalam masyarakat Islam Malaysia.
Sumber: Jurnal Islamiyyat 41(2) 2019: 39-49
Comments
Post a Comment