AWAS, GERAKAN KRISTIANISASI YANG SEMAKIN BERKEMBANG!!!PELBAGAI STRATEGI (PERUBATAN, PENDIDIKAN, BANTUAN KEWANGAN DLL) DIGUNAKAN UNTUK MEMERANGKAP MELAYU-ISLAM SUPAYA MURTAD


Kaum Melayu dahulunya dikatakan begitu sukar untuk dimurtadkan kerana dikatakan mempunyai pegangan agama yang kuat dan jitu. Agama Kristian pada masa dahulunya langsung tidak dapat berkembang dalam kalangan masyarakat Melayu walaupun pelbagai misionari digunakan seperti perubatan, pendidikan dan lain-lain. Slogan ‘Melayu itu Islam’ dan ‘Islam itu Melayu’ sudah cukup membuktikan betapa eratnya hubungan antara Islam dengan masyarakat Melayu di Malaysia.

Dalam konteks Malaysia, ke-Melayuan perlu diakrabkan dengan Islam. Rapatnya hubungan Melayu dan Islam boleh diibaratkan seperti hubungan tradisi Judaeo-Kristian dengan bangsa-bangsa Eropah. Keakraban ini boleh dicontohkan seperti kelayakan agama Kristian bermazhab Protestan yang wajib ada pada seorang waris takhta di Britain.

Oleh sebab itulah gerakan Kristianisasi dianggap sangat sensitif di Malaysia kerana ia melibatkan agama dan bangsa serta terkaitnya dengan Perlembagaan yang melibatkan bangsa Melayu yang merupakan kaum majoriti di Malaysia. Walaupun sebarang cubaan untuk mengembangkan agama selain Islam di Malaysia adalah dilarang, namun perkara ini masih tetap berlaku.

Kedatangan kuasa-kuasa penjajah dari Barat yang berslogankan 3G (Gospel, Gold, Glory) menjadi titik permulaan berlakunya gerakan Kristianisasi di Malaysia. Hal ini berlanjutan sehingga kini dimana mereka bergerak bukan sahaja di kawasan-kawasan urban tetapi juga di kawasan-kawasan luar bandar. Kuala Lumpur dan Petaling Jaya menjadi kawasan strategik bagi misionari Kristian dalam usaha mereka mengkristiankan penduduk Malaysia kerana ianya mempunyai kedudukan politik, pentadbiran dan ekonomi strategik dan mempunyai kemudahan-kemudahan asas moden yang memuaskan.

Pembongkaran demi pembongkaran tentang gejala murtad yang mencecah angka kira-kira lebih 100,000 orang Islam Melayu yang telah mengisytiharkan diri merka menukar agama kepada Kristian dan lebih 100,000 orang lagi sedang membuat permohonan menunggu untuk murtad menunjukkan betapa ‘parahnya’ situasi umat Islam kini di Malaysia yang sangat rapuh keimanannya sehingga mudah terpengaruh dengan misionari Kristianisasi.

Justeru itu, bukalah mata wahai umat Islam sekalian, janganlah mudah ‘kabur mata’ terhadap taktik licik gerakan Kristianisasi ini demi mendapat kepuasan dan kebebasan hidup di dunia. Berpegang teguhlah pada ajaran Islam yang sebenar yang penuh dengan nikmat dan ketenangan jika dihayati dalam kehidupan.

Sumber: Journal of Islamic Social Sciences and Humanities, Vol. 15, 2018- USM.

Comments