BERHATI-HATI DENGAN STRATEGI JAHAT GERAKAN KRISTIANISASI DI MALAYSIA!!!MENGGUNAKAN PADERI MELAYU KRISTIAN UNTUK MEMURTADKAN UMAT ISLAM


Permasalahan murtad sebenarnya telah lama berlaku di dalam sejarah Islam dan ianya bermula sejak di zaman Rasulullah S.A.W. lagi apabila wujud umat Islam yang munafik dan beriman kepada Baginda Muhammad S.A.W disebabkan takut dan masuk Islam hanya untuk kepentingan dunia.

Maka tidak hairanlah jika gejala murtad kini masih berlaku malah trend memperlihatkan bahawa semakin ramai golongan Melayu Islam yang direkrut menjadi paderi. Hal ini menunjukkan gerakan kristianisasi melalui modus operandi tidak menggunakan kekerasan, yang difokuskan kepada umat Islam dan memegang konsep ‘beramal’ adalah berjaya menarik minat serta memanipulasikan akidah umat Islam di negara ini.

Sebagai contoh menurut pengalaman Salleh bin Omar yang dahulunya merupakan Paderi Melayu yang berjaya di ‘groom’ oleh seorang paderi Kristian dan kini telah bertaubat, punca utama golongan Melayu Islam terjebak dalam Kristian adalah disebabkan oleh desakan hidup dan kurang didikan dan amalan agama. 

Pendakwah Kristian ini akan menyediakan pekerjaan, tempat tinggal, keperluan makanan dan secara perlahan-lahan diajak sembahyang memegang salib (cross) dan diberi sejenis air hitam yang dikenali sebagai ‘holy water’. Menurutnya lagi, kitab Bible dalam versi Bahasa Melayu akan diberikan beserta pita rakaman yang mengandungi nyanyian keagamaan supaya mudah dihafal sebelum mendengar ceramah yang kandungannya lebih kepada menolak Islam dan Nabi Muhammad S.A.W. 

Sekiranya lebih ramai paderi Melayu dihasilkan, maka apakah yang akan terjadi dengan masyarakat Melayu Islam kini yang dilihat berfikiran lebih terbuka terhadap pandangan dalam beragama? Bukankah dengan kewujudan paderi Melayu yang bertindak sebagai ‘missionary’ akan merancakkan lagi gerakan kristianisasi dalam kalangan bangsa Melayu? 

Sedarlah sesungguuhnya fenomena ini adalah satu proses terancang dan berterusan dalam menghancurkan akidah masyarakat Islam dan seterusnya meruntuhkan terus Islam itu sendiri. Dimanakah peranan kita sebagai Umat Islam?

Sumber: Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Universiti Malaya

Comments