CEGAH PENULARAN AJARAN SYIAH YANG SEMAKIN BERLELUASA!!! PENINGKATAN GOLONGAN SYIAH BOLEH MENCETUSKAN KONFLIK SUNNI-SYIAH YANG AKAN MENGANCAM KESELAMATAN NEGARA


Ancaman terhadap keselamatan negara hari ini tidak lagi terbatas kepada peperangan semata-mata. Ancaman bukan tradisonal seperti perbalahan mazhab dan konflik agama turut memberi kesan terhadap nilai teras sesebuah negara. Di Malaysia, walaupun fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah diisytiharkan sebagai pegangan rasmi, namun masih terdapat segelintir masyarakat yang berpegang pada fahaman Syiah. Menurut catitat sejarah, fahaman Syiah mula menular masuk ke Malaysia selepas revolusi Iran pada tahun 1979, mendapat tindakan yang tegas dari pihak berkuasa keselamatan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) kerana isu ini telah menimbulkan kegusaran dalam kalangan masyarakat Islam di Malaysia. Walaupun hubungan diplomatik antara Malaysia-Iran tidak terjejas, namun bagi keadaan dalaman negara Malaysia, kehadiran ajaran Syiah di negara ini boleh menimbulkan konflik yang memberi kesan ancaman kepada keselamatan negara

Peningkatan jumlah pengikut Syiah di Malaysia mendatangkan kegusaran bukan sahaja kepada kerajaan, malah juga kepada masyarakat, kerana soal keselamatan bukan bergantung kepada populasi majoriti atau minoriti anggota fahaman tersebut. Desakan yang berterusan ke atas kumpulan minoriti juga sebenarnya mampu mewujudkan fenomena yang disebut sebagai ‘the concept of stress’ atau mewujudkan tekanan ke atas kumpulan minoriti akibat daripada keperluan tidak dipenuhi seperti kebebasan bersuara dan sebagainya sehingga kelompok ini akan menterjemahkan protes di luar demokrasi.

Kegagalan mengawal konflik antara Sunni-Syiah ini dikhuatiri boleh mengundang ketidakstabilan dalam negara. Contohnya di Saudi, peristiwa pemberontakan masyarakat Syiah di Qatif selain dari penaklukan Juhayman al-Otaibi ke atas Masjidil Haram di Mekah pada tahun 1979 boleh dijadikan pengajaran bagi negara Malaysia supaya mencegah pemahaman Syiah dari peringkat awal sebelum ia merebak dengan lebih luas sehingga boleh mempengaruhi akidah umat Islam.

Pada tahun 2013, Mantan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar pernah menjelaskan kehadiran kumpulan Syiah dengan jumlah yang tidak terkawal di Malaysia boleh menimbulkan pertembungan antara kumpulan Syiah dan Sunni sehingga mengancam keselamatan Negara. Sekiranya Malaysia tidak mengambil pendekatan awal bagi menangani peningkatan jumlah penganut fahaman Syiah ke negara ini, tidak mustahil akan wujud perselisihan fahaman antara golongan Sunni dan Syiah memandangkan masyarakat Malaysia adalah majoriti berfahaman Ahlus Sunah Wal Jemaah.

Sumber: Journal Social Sciences and Humanities, 2018, Vol. 15(3), UKM

Comments