KAJIAN MEMBUKTIKAN KEHIDUPAN GOLONGAN ATEIS YANG TIDAK MEMPERCAYAI WUJUDNYA TUHAN TIDAK PERNAH MERASA TENTERAM. KENAPA MASIH ADA YANG TERPENGARUH DENGAN ATEIS?


Adalah sukar untuk menentukan populasi ateis di seluruh dunia kerana perbezaan budaya, latar belakang pemahaman dan mereka mungkin berselindung di sebalik kepercayaan-kepercayaan berunsur falsafah seperti Taoisme, Jainisme atau selesa sebagai Agnostik. Malah, ada yang nampak kekal menonjolkan diri seperti Muslim kerana beramal dengan budaya-budaya kehidupan seorang Muslim (culturally Muslim). 

Hidup di dalam dunia yang tidak dapat lari daripada proses sebab-akibat ini sudah pasti membawa satu jawapan bagi kesan kepada individu yang tidak mempercayai Tuhan. Hasil kajian dalam sebuah artikel yang bertajuk "Does Religion Stave Off the Grave? Religious Affiliation in One’s Obituary and Longevity" menunjukkan bahawa terdapat kelebihan bagi orang-orang yang beragama dan kesan-kesan negatif kepada orang yang tidak mempunyai agama.  Kajian ini bukanlah menjadi hujah utama kelebihan beragama namun ianya boleh menjadi sokongan bagi membezakan mereka yang beragama dan tidak beragama. Melalui kajian ini, terdapat 16 kesan-kesan psikologi bagi individu yang tidak mempercayai Tuhan, namun sifat-sifat ini tidaklah datang secara sekaligus pada seseorang ateis tetapi mungkin wujud beberapa sifat atau sebahagiannya dalam jiwa mereka. Antaranya adalah:
1. Perasaan bingung dan kacau bilau serta hilang ketenangan jiwa dan hati.
2. Rasa terpenjara dalam diri.
3. Jiwa yang resah.
4. Kemurungan dan cemas.
5. Kesedihan dan tertekan.
6. Rasa ingin membunuh diri.
7. Kehendak untuk membalas dendam dan jiwa yang dahagakan kepuasan pada tiap sesuatu
            yang wujud.
8. Rasa kebencian yang teramat sangat.
9. Sifat curiga yang melampau.
10. Rasa keluh kesah yang tidak reda. Apabila ditimpa kesusahan, dia akan keluh kesah. Apabila mendapat kebaikan, dia akan bersifat kedekut.

Walaupun mungkin ada yang menafikan sifat-sifat ini pada diri ateis, hakikatnya pasti akan ada sekurang-kurangnya satu daripada sifat-sifat ini terutamanya rasa tidak tenang dalam hidup. Seorang ateis yang komited dengan pegangannya sentiasa akan rasa tidak puas selagimana tidak mencabar intelektualnya dengan berdiskusi dengan orang beragama.

Jika soalan-soalan mereka tidak mempunyai jawapan yang memuaskan akal, ia seolah-olah satu kepuasan bagi mereka sendiri. Akhirnya, mereka tidak sedar bahawa itu cumalah sifat ego yang semakin menggunung dalam jiwa mereka bagi membenarkan kepercayaan yang dipegang.

Sumber: Artikel Al-Afkar #17- Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Comments