AWAS!!! PENYEBARAN FAHAMAN LIBERAL MELALUI BIDANG PENDIDIKAN ADALAH STRATEGI UTAMA GOLONGAN LIBERAL UNTUK MERACUNI PEMIKIRAN UMAT ISLAM
Sebagaimana lazimnya suatu fahaman dan aliran pemikiran tidak lahir dalam ruang vakum. Demikian juga liberalisme, ia lahir sebagai tindak balas terhadap pemerintahan kuku besi, feudalism dan teokrasi yang menjadi pengalaman pahit masyarakat Barat selama lebih kurang seribu tahun.
Penularan fahaman liberalisme bukan sahaja mempengaruhi gaya hidup, politik dan ekonomi malah ia turut menular dalam bidang pendidikan. Sebagai contoh terdapat satu bidang pendidikan dinamakan sebagai pendidikan liberal (liberal arts education). Ia berasal daripada perkataan latin arts liberals, iaitu pelajaran tujuh subjek yang lebih menjurus ke arah meluaskan ufuk intelektual berbanding kemahiran praktikal.
Pengajian liberal arts terbahagi kepada dua kategori iaitu trivium (tatabahasa, logik dan seni retorik) dan quadrivium (aritmetik, geometri, muzik dan astronomi). Pengajian mata pelajaran ini dipanggil sebagai pendidikan liberal kerana ia membebaskan minda daripada kejumudan tradisi dan keegoan diri.
Memandangkan pendidikan merupakan teras utama bagi seluruh masyarakat termasuk umat Islam dalam membina mobiliti sosial dan meningkatkan taraf sosial disamping mendapatkan ilmu pengetahuan, maka adalah sangat perlu bagi pihak berwajib untuk mengambil perhatian dan tindakan supaya ianya tidak termasuk atau sengaja dimasukkan dalam silibus pelajaran.
Dunia pendidikan yang memiliki posisi yang paling strategik dalam struktur kebudayaan setiap bangsa dengan sendirinya. Oleh sebab itu, masyarakat Islam khususnya perlu berhati-hati dalam menerima sesuatu ilmu, kerana golongan liberal cuba menyusup secara halus bagi meracuni minda manusia supaya tidak berpegang kepada agama, tetapi bergantung kepada akal semata-mata.
Sumber: 1Media.My, 21 September 2020.
Comments
Post a Comment