JANGAN TERPENGARUH DENGAN SYIAH!!! AJARAN SYIAH BERSUMBERKAN AL-QURAN DAN HADIS VERSI SYIAH YANG PENUH DENGAN PEMBOHONGAN SERTA MENYESATKAN
Kalau kita tanya kepada mana-mana orang Islam, apa sumber agama kita? Kita semua akan sepakat mengatakan Al-Quran dan Hadis. Kalau kita tanya orang Syiah, mereka akan jawab yang sama juga; Al-Quran dan Hadis. Tetapi jangan tertipu, kita kena lihat perinciannya.
Adapun tentang Al-Quran, mereka mengatakan Al-Quran yang ada pada kita sekarang ini hanya satu pertiga dari Al-Quran yang sebenar. Mereka kata, para Sahabat telah sembunyikan atau musnahkan dua per tiga yang selebihnya.
Mereka mendakwa para Sahabat musnahkan dua per tiga Al-Quran itu kerana di dalam dua per tiga itu ada surah Al-Wilayah (Pemerintahan), dan di dalam surah ini ada ayat di mana Rasulullah secara jelas melantik Ali sebagai khalifah selepas kewafatan Baginda. Oleh kerana para sahabat cemburu dan dengki serta zalim, mereka menyorokkan Al-Quran ini.
Kita bukan mentohmah mereka, kita tidak sekadar mendakwa, ini adalah apa yang terkandung di dalam kitab-kitab mereka, apa yang disebut oleh syeikh-syeikh mereka, ulama-ulama mereka. Ini tentunya masalah, mendakwa Al-Quran tidak sempurna. Secara tidak langsung mereka mendakwa agama Islam yang sampai kepada kita tidak sempurna. Itu dari segi Al-Quran. Bagaimana dengan hadis?
Dalam hadis lebih dahsyat. Mengapa? Ini kerana orang Syiah mengkafirkan para Sahabat. Bagaimana Al-Quran dan Hadis sampai kepada kita pada hari ini? Ia daripada Rasulullah, tetapi daripada Rasulullah, kemudian sampai kepada generasi berikutnya, dan generasi berikutnya dan berikutnya sehingga ke hari ini, bagaimana ia bersambung dan diwarisi kalau bukan melalui para sahabat.
Para sahabat adalah orang beriman dan bertemu dengan Rasulullah. Apabila Syiah mengkafirkan para sahabat, secara tidak langsung dia akan menolak semua hadis-hadis yang diriwayatkan oleh para sahabat. Jadi boleh kita bayangkan, contohnya, kalau kita hendak merujuk hadis kita kembali kepada buku hadis seperti Sahih Al-Bukhari, Sahih Muslim, buku-buku hadis yang lain. Bagaimana Sahih Bukhari, Sahih Muslim ini di sisi orang-orang Syiah? Tidak ada nilainya sama sekali.
Kenapa? Kerana semua perawi-perawinya telah kafir. Abu Bakar yang merupakan sebaik-baik sahabat pun dikafirkan, Omar pun kafir, kalau bukan dengan macam-macam lagi tuduhan yang lain.
Apabila mereka mengatakan Al-Quran tidak sempurna, hadis mereka tolak, apa lagi yang tinggal?
Sumber: Rakaman ceramah Bahaya Syiah oleh Ustaz Abu Omar Idris bin Sulaiman
Comments
Post a Comment