KESESATAN ATEIS!!! MENDAKWA TUHAN TIDAK DIPERLUKAN KERANA PADA ZAMAN MODEN INI MANUSIA MAMPU MENCIPTA SEGALANYA
Zaman awal kegemilangan fahaman ateisme ialah ketika zaman Renaissance atau lebih tepatnya pada kurun ke-18. Pada ketika itu ramai yang bangga mengisytiharkan dirinya sebagai ateis. Namun, trend tersebut nampak gayanya semakin menjadi gaya hidup masyakat kini yang berpegang kepada rasional akal semata-mata sama ada secara sedar mahupun tanpa sedar.
Terdapat banyak dakwaan yang dilontarkan oleh golongan ateis bagi membuktikan kebenaran pegangan mereka. Antaranya ialah berkenaan teori pragmatisme atau teori penipuan sendiri. Mereka mendakwa manusia sengaja mencipta Tuhan untuk tujuan kawalan sosial ke atas kehidupan manusia. Oleh itu, pada mereka Tuhan itu sekadar diada-adakan dan sudah tiba masanya untuk Tuhan itu ditiadakan kerana dunia sudah maju dan canggih. Manusia boleh mencipta dan mengaturkan segalanya, tidak perlu bergantung pada Tuhan.
Dakwaan ini secara jelas hanyalah kepalsuan semata-mata kerana Islam yang diajarkan oleh setiap nabi itu datang dengan pembuktian yang jelas sehingga sukar dibantah dan ianya dinamakan sebagai mukjizat. Sebagai contoh, pada zaman Nabi Musa, masyarakat mahir dengan ilmu sihir maka mukjizat Nabi Musa mengatasi sihir mereka. Demikian juga pada zaman Nabi Muhammad SAW, masyarakat setempat begitu menyanjung ilmu syair dan sastera, maka turun al-Quran mengatasi pakar sastera Arab ketika itu seperti yang berlaku ke atas Walid al-Mughirah.
Hal ini membuktikan bahawa agama Islam tidaklah mencipta Tuhan sendiri sebagai kawalan sosial, tetapi ia benar-benar daripada Tuhan yang menciptakan segalanya iaitu Allah SWT. Ianya terbukti apabila undang-undang yang digubal oleh akal manusia belum mampu mengatasi isu jenayah yang berbangkit. Berbeza dengan negara Islam terdahulu yang benar-benar menjalankan hukum Islam yang mana hasilnya dapat mengekang pertumbuhan kadar jenayah ketika itu.
Namun, mengapa Malaysia tidak menjalankan hukum Islam? mengapa ramai yang bangkang kononnya Malaysia bukanlah negara Islam sepenuhnya dan mempunyai masyarakat yang berbilang kaum? Sedangkan ianya perintah Allah yang sesuai diaplikasikan segala perintahnya sepanjang zaman. Renung-renungkan.
Sumber: Metro- 10 OGOS 2020
Comments
Post a Comment