BAHAYA DAKYAH KRISTIAN EVANGELISME!!! MENYEBARKAN KONSEP "JALAN KESELAMATAN" UNTUK MENGKRISTIANKAN UMAT ISLAM

 

Pada umumnya, Kristianisasi membawa maksud proses mengajak seseorang kepada agama Kristian. Secara khusunya Kristianisasi ditafsirkan sebagai mengkristiankan seseorang individu atau mengubah pegangannya supaya menganut agama Kristian dengan pelbagai cara sama ada diiktiraf mahupun sebaliknya.

Motif utama penyebaran agama Kristian ini bertujuan menghalang perkembangan agama Islam sekaligus menundukkan umat Islam supaya berada di bawah kekuasaan mereka. Mereka memberikan gambaran yang tidak tepat dan buruk mengenai sirah Rasulullah SAW. Contohnya, mereka memberi gelaran-gelaran yang tidak baik seperti ‘Mahomet’ atau ‘Mahon’ yang memberi makna hantu atau sesuatu yang menakutkan yang bertujuan untuk memburuk-burukkan Nabi Muhammad SAW. 

Menurut ajaran Kristian, konsep yang digunakan adalah konsep ‘jalan keselamatan’. Hal ini adalah berdasarkan peristiwa Adam dan Hawa yang merupakan manusia pertama diciptakan oleh Allah SWT telah melakukan dosa kerana memakan buah dari pohon terlarang sehingga mengakibatkan mereka berdua diusir dari syurga dan menjadi penghuni di dunia sebagai orang yang berdosa.

Menurut ajaran Kristian, ia lebih dikenali sebagai dosa warisan dan semua manusia berketurunan Adam dan Hawa turut dikira berdosa kerana mewarisi dosa Adam dan Hawa tersebut. Oleh sebab itu Kristian menganggap Tuhan telah memerintahkan anaknya iaitu Jesus untuk turun ke dunia dan menjelma sebagai manusia untuk disalib sebagai korban penebus dosa manusia. Manusia hanya dapat diselamatkan dari dosa mereka dengan beriman kepada Jesus yang merupakan penyelamat atau dengan kata lain menjadi penganut Kristian.

Konsep ‘jalan keselamatan’ yang mempunyai unsur-unsur pengorbanan dan penebusan dosa yang dilakukan oleh Jesus diterjemahkan sebagai satu tuntutan ke atas setiap penganut Kristian untuk melaksanakan khidmat bakti dalam kerja-kerja sosial sama ada dari segi bantuan kewangan, tempat tinggal, bantuan kesihatan dan sebagainya.

Sebagai seorang yang beragama Islam, berhati-hatilah dengan strategi Kristian evangelisme ini. Secara jelasnya sejarah-sejarah yang disebutkan itu hanyalah rekaan dan jauh terpesong dari apa yang dikhabarkan melalui wahyu Allah iaitu al-Quran dan as-Sunnah. Janganlah mudah ‘rambang mata’ dengan janji-janji manis demi memenuhi keinginan diri sehingga membelakangkan kepentingan akidah, kelak hidup tidak diberkati dunia akhirat.

Sumber: Buku Gerakan Orientalisme dan Kristianisasi - Ancaman Kepada Ummah, Selangor : Hijjaz Records Publishing , 2009


Comments