BAHAYA SYIAH!!! SYIAH BUKANLAH SALAH SATU CABANG MAZHAB TETAPI IA ADALAH ALIRAN SESAT KERANA MENGKAFIRKAN SAHABAT RASULULLAH SAW
Sekiranya diteliti sejarah dan perubahan mengenai Syiah, kita akan bahawa ajaran Syiah telah berubah daripada satu bentuk kepercayaan kepada kepercayaan yang pelbagai dan nama-nama yang berbeza antara satu firqah (pecahan) dengan firqah yang lain. Menurut seorang sarjana Syiah, An-Naubakhti dalam kitabnya menyenaraikan lebih kurang 300 firqah Syiah.
Oleh sebab itu, kebanyakan ulama tidak memanggil kumpulan tersebut sebagai Syiah, sebaliknya menggelarkan mereka sebagai ar-Rafidhah atau ar-Rawafid iaitu golongan yang menolak para sahabat terutamanya Abu Bakar r.a dan Umar r.a kerana kononnya dikatakan telah mengkhinati Ali r.a.
Walau apapun nama yang mereka gunakan, jika terdapat unsur ar-Rafidhah mahupun ar-Rawafid maka fahaman mereka harus ditolak kerana secara jelasnya mereka telah terpesong daripada ajaran Islam yang sebenar seperti yang difatwakan oleh para ulama. Sekiranya kumpulan Syiah tersebut tidak menolak sahabat, maka mereka masih lagi Islam seperti Syiah Zaidiyah.
Menurut Imam Bukhari melalui karyanya 'Khalqu af-al al-Ibad' telah mengharamkan solat di belakang golongan ar-Rafidhah, berkahwin dengan mereka, memberi salam dan memakan sembelihan mereka. Begitu juga halnya dengan Imam Malik, Imam Ahmad, Imam al-Ghazali dan sebagainya yang menghukum Syiah berdasarkan sifat ar-Rafidhah.
Penyataan imam-imam tersebut juga dilihat selari dengan pendapat seorang ulama besar Ahli Sunnah Wal Jamaah yang digelar oleh Imam Ahmad binHanbal sebagai Syeikhul Islam iaitu Ahmad bin Yunus dengan berkata: “Sekiranya seorang Yahudi menyembelih seekor kambing dan seorang Rafidi (orang yang menolak dan mengkafirkan sahabat) menyembelih seekor kambing, nescaya aku akan makan kambing yang disembelih oleh orang Yahudi dan aku tidak akan makan sembelihan Rafidi itu kerana dia telah murtad daripada Islam.
Oleh sebab itu Syiah tidak boleh diterima sebagai salah satu cabang mazhab lain dalam Islam sebagaimana Mazhab Syafie, Mazhab Hanafi, Mazhab Maliki mahupun Mazhab Hanbali. Hal ini kerana neraca pertimbangannya yang terus menolak para sahabat.
Sumber: Sinar Harian – 11 Oktober 2019
Comments
Post a Comment