BAHAYA TAKTIK HALUS ISLAM LIBERAL!!! CUBA MENJADI 'HERO' DALAM MEMBELA HAK KEBEBASAN INDIVIDU TETAPI SEBENARNYA BERCANGGAH DENGAN AKIDAH ISLAM
Situasi masyarakat Islam terus diasak dengan serangan pemikiran liberal yang berpaksikan keterbukaan dalam berijtihad dan perjuangan untuk membela hak kebebasan individu. Kini mereka cuba untuk menormalisasi konsep kebebasan dan hak asasi Barat ke dalam masyarakat Islam untuk diamalkan.
Lebih memburukkan keadaan apabila ada pihak lain menggunakan kaum majoriti atas platform liberal dengan menyalahkan pemerintah dan menuduh pihak berkuasa tidak mendengar segala ‘kebebasan bersuara’ seperti mana yang termaktub dalam perlembagaan.
Kelompok ini juga begitu lantang dan cuba bertindak ‘berani’ walaupun pada zahirnya mereka bukan menolak agama akan tetapi berselindung di sebalik gagasan untuk mengkaji atau menafsirkan semula agama. Kelompok ini sering mengkritik pelaksanaan undang-undang keluarga dan jenayah Islam yang menurut mereka bersifat diskriminatif terhadap wanita. Fahaman liberal di Malaysia juga dilihat cuba untuk memperluaskan agenda plurasime agama.
Menyalahkan pemerintah adalah taktik halus yang sentiasa diulang tidak kira tempat termasuklah dalam institusi Parlimen. Mereka sering memanipulasi pemikiran terutamanya bagi generasi muda berdasarkan logik dan rasional akal. Sebagai contoh, perihal aurat.
Akibat termakan dengan dakyah sesat kumpulan Islam liberal ini, ada dalam kalangan remaja perempuan mahupun wanita dewasa berpendapat memakai tudung dengan berbaju t-shirt lengan pendek sudah dianggap menutup aurat, berkemeja T ketat dan bertudung sudah dikira sempurna.
Lebih bahaya lagi, dalam isu kebebasan beragama, kerap kali kumpulan Islam liberal ini memomokkan kepada remaja bahawa mereka berhak memilih agama lain selepas umur 18 tahun.
Para pendokong Islam liberal sentiasa mencari alasan bahawa setiap sekatan terhadap orang Islam dianggap telah melanggar hak asasi manusia. Namun, sebagai umat Islam tidak kira peringkat umur adalah dinasihatkan supaya jangan terlalu mudah untuk menerima sebarang anasir yang pada zahirnya kelihatan seperti logik, tetapi sebenarnya ia telah bercanggah dengan akidah dan syariat Islam sehingga boleh menyebabkan seseorang itu menjadi murtad.
Sepatutnya perkara seperti ini, perlulah dirujuk kepada para alim ulama dan mereka yang pakar dalam bidangnya terlebih dahulu. Apabila menyentuh hal-hal akidah janganlah dipandang enteng demi memudahkan sesuatu amalan kerana ia akan memberi kesan yang serius kepada akidah seseorang.
Sumber: Berita Harian, 29 FEB 2016
Comments
Post a Comment