KESESATAN TERBESAR ISLAM LIBERAL!!! CUBA MENTAFSIR SEMULA ISU-ISU AKIDAH DAN SYARIAT MENGGUNAKAN LOGIK AKAL
Pada hari ini, fahaman liberal ekstrem dan pro-kebebasan seolah-olah mutlak dan total, bercakap mengenai ‘kebebasan media’ dan ‘kebebasan bersuara’ berlandaskan idea kebebasan tanpa batasan akhlak, sempadan undang-undang dan peraturan.
Lebih memeranjatkan apabila segelintir tokoh Islam memberi pandangan bertentangan dengan ajaran Islam yang diamalkan di negara ini disamping menyuarakan persamaan agama, hak lelaki dan wanita serta mempromosi demokrasi dan kebebasan.
Seorang penulis dikenali memuat naik status di akaun Facebook peribadi beliau yang bertentangan dengan ajaran Islam dengan menyatakan “Islam yang saya percaya membebaskan manusia untuk memilih apa juga kepercayaan yang ingin dianuti, Quran sendiri memesan bahawa (mafhum) jika Allah mahu seluruh penduduk di langit dan di bumi beriman, siapakah yang mahu menghalangnya? Tetapi Allah telah memberikan pilihan (free choice, bukan free will) kepada manusia itu sendiri, sama ada untuk menjadi kafir atau iman, memilih untuk syurga atau neraka”
Ada juga fahaman ekstrem liberal ini mempersoalkan isu akidah. Sebagai contoh terdapat satu tweet berbunyi “Aku pun tak faham kenapa orang kita nak bising sangat perihal Melayu yang mahu murtad, aku tak cakap pasal kebebasan tengah hari buta ini. Bagi aku syurga bukan untuk Melayu sahaja, kalau Melayu nak masuk neraka sangat buat apa kita nak 'haling'? Kalau semua orang nak masuk syurga, neraka nanti nak bakar siapa? Rugi sahaja Allah cipta neraka, tapi tak ada apa-apa untuk dibakar”
Pandangan sebegini adalah fitnah kepada agama Islam berdasarkan fahaman ekstrem liberal. Oleh itu masyarakat perlu bertabayyun atau meneliti kebenaran terlebih dahulu sebelum mengeluarkan kata-kata atas landan kebebasan. Jika prinsip ini ditinggalkan, akan bertebaranlah fitnah yang mampu mempengaruhi fikrah serta pemikiran majoriti umat Islam, lalu dianggap benar dan sahih kerana sudah menjadi normalisasi dalam masyarakat.
Masyarakat harus sedar bahawa kebebasan untuk bersuara bukanlah bermakna segala perkara boleh dibicarakan secara terbuka dan tanpa batasan terutamanya di alam maya. Janganlah hanya ‘menang sorak’ di alam maya, tetapi menggadai prinsip kebenaran atas nama keterbukaan dan kepentingan peribadi sekumpulan kecil. Oleh itu, teliti kebenaran terlebih dahulu sebelum dicanangkan dan dijadikan sebagai prinsip hidup
Sumber: Berita Harian – 17 Disember 2016
Comments
Post a Comment