PARAHNYA AKIDAH UMAT ISLAM MASA KINI!!! BILA ORANG MELAYU SENDIRI DENGAN BANGGA MEMPROMOSIKAN FAHAMAN SESAT ATEIS DI LAMAN MEDIA SOSIAL

Ateisme adalah satu fahaman yang menolak kewujudan Tuhan dan alam ghaib kerana bagi meraka alam ghaib juga termasuk dalam dunia tabi’e. Oleh sebab itu, penganut ateis boleh dikira berdasarkan penolakan atau kurangnya kepercayaan kepada agama dan Tuhan.

Ateisme terbina atas asas kebencian dan kebebasan sepenuhnya daripada agama. Ada yang menolak kewujudan Tuhan, ada yang menolak agama dan ada yang menolak pengetahuan tentang Tuhan dan kewujudanNya.

Berdasarkan gambaran asas mengenai fahaman ateisme tersebut, maka boleh disimpulkan beberapa ciri khusus golongan ateis seperti berikut:
1. Menolak secara mutlak wujudnya Tuhan atau segala yang bersifat Ilahiah;
2. Menetapkan hujah bahawa tiada bukti wujudnya Tuhan dan kegagalan sains mengesahkannya sebagai asas kepada penolakan tersebut;
3. Meyakini bahawa hidup adalah satu proses dimana tiada ruang untuk menerima kewujudan Tuhan.

Realitinya, perkembangan teknologi tanpa batasan dan penggunaan yang tidak terkawal sehingga mampu merosakkan diri dan akidah menjadi satu kekangan yang hampir pasti tidak dapat dibendung melainkan mempunyai jati diri dan pegangan agama yang kukuh. Sebagai contoh, dalam paparan laman facebook ‘Ilyas Sahamudin’ didapati acap kali mempromosikan ateis dan menunjukkan rasa bangga sebagai penganut ateis.

Dia malah sering terlihat memuat naik penyataan-penyataan provokasi terhadap masyarakat beragama seperti “religion is only a man made joke that been made in order to see how many stupid would got deceived by it”, “there is no reason that I know of why I had to becoming a religious person. Religion is a total bullshit and only total dumbfuck would believe such nonsense” dan banyak lagi penyataan yang memperlihatkan secara jelas ciri-ciri ateisme.

Sebagai umat Islam kita harus sedar bahawa fahaman ateis ini secara jelas amat bertentangan dengan dasar akidah Islam yang berpaksikan kepada tauhid. Sebagaimana dalam firman Allah s.w.t. dalam Surah al-Ikhlas ayat 4 bermaksud: Katakanlah (Wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah yang Esa; “Allah yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; “Dia tidak beranak, dan Dia pula tidak diperanakkan; Dan tiada sesiapa pun yang setara dengan-Nya.

Sumber: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan – 3 NOV 2017


 

Comments