PERGERAKAN SYIAH YANG SESAT DAN BOLEH MENJADI RADIKAL MULA MENYEBARKAN AJARANNYA SECARA 'SENYAP' SUPAYA TIDAK DAPAT DIKESAN. BERHATI-HATILAH!!!


Ajaran Syiah mula meresap dalam masyarakat Malaysia melalui kampus-kampus universiti utama sekitar tahun 1980an. Situasi bertambah buruk apabila sebahagian buku-buku yang penuh dengan penentangan terhadap sahabat nabi dibawa masuk ke Malaysia. Beberapa pensyarah dan orang tertentu di bawa masuk ke Iran untuk ‘disyiahkan’ serta pelajar-pelajar dihantar menyambung pelajaran secara percuma ke Iran. Hasilnya, peningkatan rakyat Malaysia yang menukar pegangan kepada Syiah semakin ramai.

Jika dahulu penubuhan hauzah-hauzah Syiah di beberapa buah negeri yang beroperasi sebagai markas pergerakan secara terang-terang mengadakan program-program keagamaan Syiah seperti sambutan Wiladah Fatimah Maulid Imam Mahdi, Hari Karbala, Hari Raya Ghadir selain merupakan tempat pertemuan antara pengikut.

Namun kini berikutan pengharaman fatwa mengenai ajaran Syiah dikuatkuasakan di Malaysia, pengikut ajaran Syiah didapati bergerak dalam kumpulan lebih kecil untuk mengelak gerakan Syiah dikesan dan menyebabkan hauzah aktif diserbu oleh pihak berkuasa. Menurut kertas kerja yang dibentangkan oleh Dr. Zamihan, Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah (Aswaja), gerakan Syiah tidak pernah berhenti sebaliknya lebih senyap untuk mengelak daripada dikesan.

Ajaran Syiah cenderung untuk beralih kepada tahap radikal jika mempunyai pengikut majoriti di sesebuah kawasan dan perkara itu perlu dielakkan. Hauzah yang turut dijadikan tempat untuk pengikut gerakan Syiah merekrut ahli baru biasanya akan dihiasi dengan ilustrasi gambar Saidina Ali dan lukisan potret Imam 12 yang mereka percaya adalah bersifat maksum.   

Jika ingin menyentuh kesesatan fahaman Syiah ini pula, terdapat terlalu banyak percanggahan yang ketara dalam bidang akidah dan mereka turut membenarkan apa yang diharamkan oleh syarak secara jelas. Antaranya termasuklah menghalalkan nikah kontrak atau nikah mutaah dan beranggapan bahawa Allah tidak mengetahui perkara seni atau halus.

Kepercayaan yang dipegang oleh Syiah ini jelas bertentangan dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dan pengamalan ajaran ini seharusnya perlu dibanteras sehabisnya bagi mengelak berlakunya ancaman keselamatan pada masa hadapan.

Sumber: My Metro – 21 MAC 2021 dan Sinar Harian – 11 Oktober 2019,

Comments