BAHAYA ATEISME!!! FAHAMAN DARI BARAT YANG MENOLAK KEWUJUDAN TUHAN DAN ANTI AGAMA (ATEISME) SEMAKIN TERSEBAR. BERWASPADALAH!!!
Persoalan Tuhan selalu menarik untuk dibincangkan. Sebahagian manusia meyakini kewujudan Tuhan (teisme) and sebahagian lagi menolak keberadaan Tuhan (ateisme). Mengikut pandangan Barat, mereka menolak adanya Tuhan dan menyatakan Tuhan hanya bersifat abstrak dan tidak ada kaitannya terhadap penciptaan alam semesta ini.
Sedangkan pandangan Timur berkeyakinan adanya kewujudan Tuhan dengan membuktikan secara rasional yang dapat diterima oleh akal. Seperti pembuktian terhadap sains, ilmu pengetahuan dan penciptaan alam yang memiliki kaitannya disebalik semua perkara tersebut ada penciptanya iaitu Tuhan. Sebagaimana Islam yang memaparkan kewujudan Tuhan dengan memandu akal rasional iaitu al-Quran, as-Sunnah dan iman agar tidak melanggar syariat Islam.
Di Barat terdapat sabuah program westernisasi yang menyebabkan pemecahan keyakinan terhadap Tuhan dan alam. Menurut Don Juan, dalam program ini ditanamkan kebencian terhadap agama. Kesannya dapat dilihat apabila berlakunya peningkatan jumlah individu yang menjadi liberalist, ada yang ingkar terhadap Tuhan (ateist), ada yang ingkar terhadap agama (infidel), dan ada pula yang menolak terus pengetahuan tentang Tuhan serta kewujudannya (agnostic).
Ateisme yang berkembang di Barat bukan hanya sekadar tersebar dalam bidang politik, ekonomi dan kebudayaan, akan tetapi ateisme turut menawarkan konsep dalam bentuk kebebasan untuk tidak memiliki agama dalam hidup. Wacana ateisme menjadi satu wacana yang sangat ekstrem kerana mengingatkan akan ketidakpercayaan terhadap kewujudan Tuhan dan penciptaan alam yang tidak ada keterkaitannya dengan sang pencipta alam. Sehingga timbul sikap naturalisme yang menyatakan bahawa alam itu berdiri sendiri dan tidak ada campur tangan dari Tuhan.
Persoalannya, mengapa peningkatan jumlah individu yang berada dalam kategori ateis meningkat di kawan Timur atau negara-negara Islam mahupun Malaysia? Sedangkan Islam telah mempunyai asas yang kukuh terhadap persoalan mengenai Tuhan.
Sumber: Jurnal Studi Agama-Agama dan Pemikiran Islam - Vol. 17(1), 2019 - Universitas Darussalam Gontor.
Comments
Post a Comment