BAHAYA PROPAGANDA 'ROAD TO KHILAFAH' HIZBUT TAHRIR!!! MENANAMKAN FAHAMAN EKSTREMISME DAN MENYERU MENENTANG PEMERINTAH ISLAM YANG SAH KERANA DIANGGAP SEKULAR


Hizbut Tahrir mendakwa mereka berjuang untuk menegakkan Khilafah Islam dan mengembalikan sistem Khilafah yang merupakan sistem Islam ciptaan Tuhan untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT. Selagi tidak tertegaknya Khilafah, maka selagi itulah umat Islam berada dalam keadaan berdosa. 

Penyebaran propaganda Hizbut Tahrir “Road to Khalifah” yang disampaikan oleh Farid Wajdi (salah seorang pemimpin Hizbut Tahrir Indonesia),  seperti yang tersebar di youtube yang berdurasi 57 saat dan dikongsi oleh pengikut-pengikutnya di pelbagai medium media sosial yang lain dilihat semakin berani menyebarkan fahaman tersebut secara terang. Teks ringkas yang disampaikan oleh Farid Wajdi adalah seperti berikut:

 “Kenapa kita membutuhkan Khilafah? Kerana Khilafah inilah yang akan mempersatukan umat Islam, Khilafah inilah yang akan menjaga nyawa umat Islam, Khilafah inilah yang akan menjaga kekayaan umat Islam dan menyerahkannya untuk kepentingan rakyat, Khilafah Islam inilah yang akan mempersatukan umat Islam, dan Khilafah Islam inilah yang akan membebaskan Palestina, Khilafah Islamlah yang akan membebaskan saudara-saudara kita yang dibantai di Suriah dan Khilafah Islam inilah yang akan menumbangkan penguasa-penguasa yang menjadi budak-budak negara imperialis”  

Selain itu, mereka juga merujuk kepada sebuah hadis yang tidak muktabar iaitu daripada hadis yang diriwayatkan oleh Ahmad dan al-Bazar: “Selanjutnya akan ada kembali Khilafah yang mengikuti manhaj kenabian. Beliau kemudian diam”.

Teks yang disampaikan oleh Farid Wajdi dengan penuh semangat itu sepatutnya disekat kerana penyebaran-penyebaran sebegini di dalam medium sosial dikhuatiri akan menanamkan fahaman ekstremis kepada umat Islam dan menganggap semua kerajaan Islam yang ada sekarang adalah kerajaan kufar yang perlu diganti. Kerajaan sekarang dianggap kerajaan kufar kerana menggunakan sistem demokrasi Barat yang dilabel sistem yang membawa kesyirikan malah menyebabkan kekafiran. 

Sedangkan keharusan menggunakan sistem demokrasi dalam kerangka pemerintahan negara Islam sudah dibincang secara panjang lebar oleh ulama-ulama tersohor dunia, yang tidak perlu dipertikaikan lagi.  Seruan berjihad untuk menegakkan sistem Khalifah melalui propaganda 'road to Khalifah' akan menaikkan semangat umat Islam untuk berjuang dan berjihad dengan pendekatan yang salah kerana terpengaruh dengan propaganda sesat Hizbut Tahrir tersebut. 

Apa yang dicanangkan oleh Hizbut Tahrir bagi membangunkan Khilafah Islam hanyalah laungan semata-mata. Bagaimana mereka menyeru supaya untuk turut bersama mereka berjuang mencapai matlamat yang diinginkan iaitu Khilafah Islamiah sedangkan kumpulan mereka sendiri tidak mengikut Nabi Muhammad S.A.W, menyeleweng daripada ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah dan tidak mengamalkan cara Islam secara menyeluruh.

Sumber: https://www.youtube.com/watch?v=XmXVBHYulFE dan Jurnal Pengajian Islam, KUIS.


 

Comments