BERHATI-HATILAH DENGAN GERAKAN KRISTIANISASI!!! AMBILLAH IKTIBAR DARI SEJARAH KERANA GERAKAN KRISTIANISASI TIDAK PERNAH BERHENTI UNTUK MEMURTADKAN UMAT ISLAM DI NEGARA INI

 

Sejarah telah mencatatkan kemegahan dan keagungan Islam suatu ketika dahulu sebelum ianya dicarik sedikit demi sedikit sehingga runtuhnya Daulah Islamiyah Uthmaniyah pada tahun 1942. Seiring itu mula memperlihatkan misionari Kristian semakin aktif ‘menyerang’ orang-orang Islam di seluruh dunia termasuklah di Malaysia bahkan Malaysia antara yang menjadi fokus gerakan misionari Kristian kerana mereka percaya bahawa kedudukan Malaysia yang terletak atas garisan lintang 10/40 di atas peta dunia mempunyai makna yang tersembunyi yang hanya mereka sahaja yang tahu. 

Lebih menyedihkan adalah kerana mereka yang mudah terpengaruh dengan gerakan misionari Kristian ini adalah terdiri daripada anak-anak yang kurang berpendidikan agama. Walaupun tidak dinafikan sesetengah daripada mereka telah dibekalkan dengan ilmu agama, namun ianya terlalu nipis untuk menjadi benteng serangan gerakan untuk memurtad umat Islam ini. Majoriti yang murtad lebih memilih agama Kristian sebagai pilihan kerana gerakan dakyah agama Kristian adalah lebih aktif berbanding dengan agama Hindu dan Buddha dan mempunyai gerakan tersusun oleh misionari antarabangsa. Manakala mereka yang murtad kepada agama Hindu dan Buddha adalah kerana faktor perkahwinan dan percintaan secara rambang. 

Sejarah telah menunjukkan proses Kristianisasi ini telah mula bertapak di Tanah Melayu semenjak penjajahan Portugis pada tahun 1511 Masihi lagi. Semasa pemerintahan Portugis, gerakan Kristianisasi memang giat dilaksanakan. Hal ini boleh dilihat sebagai bukti yang ada sekarang ini di mana Kota Melaka dipenuhi dengan gereja-gereja yang dicat bewarna merah serta kewujudan sebuah kubur mendiang ketua paderi Melaka yang berdiri megah dalam A Famosa. Namun,proses Kristianisasi di Tanah Melayu pada ketika itu kurang berjaya sehinggalah Malaya mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 Masihi.

Kemerdekaan Malaya diharapkan dapat menghapuskan saki-baki gerakan tersebut. Namun, sekali lagi maruah umat Islam tercabar ketika berlakunya peristiwa Natrah yang menganggu sentimen Melayu-Islam. Lebih menyedihkan apabila kerajaan Malaya ketika itu tidak menjadikannya iktibar untuk memelihara kesucian akidah umat Islam dengan membina iman yang kukuh bagi membentengi pengaruh Barat serta gerakan Kristianisasi yang terancang di peringkat global.

Kesannya kita lihat hari ini generasi era kemerdekaan terutamanya golongan muda tidak dibekalkan pendinding iman yang kukuh sehingga pegangan akidah Islam umat Islam berada ditahap yang menyedihkan. Lantaran budaya Barat menjadi ikutan, fahaman ateis, liberalisme dan pengaruh ajaran kristian mula meresapi pemikiran umat Islam terutamanya golongan muda sehingga mengakibatkan akidah umat Islam mula goyah dan mudah terjerumus dengan serangan ideologi sesat termasuk ajaran kristian.   

Sumber: https://malay.bismikaallahuma.org/ - 02 OKT 2005


Comments