Kristianisasi merupakan gerakan yang amat bahaya kerana matlamatnya adalah untuk memisahkan umat Islam dari agama Islam itu sendiri. Gerakan Kristianisasi di negara ini tidak pernah berhenti malah pelbagai cara yang mereka lakukan untuk menjayakan matlamat mereka memurtadkan umat Islam. Kristianisasi ini tidak berbahaya kepada agama Islam itu sendiri tetapi ianya amat berbahaya kepada umat Islam pada akhir-akhir zaman ini yang semakin lemah pegangan akidah dan imannya. Antara bahayanya adalah:
1. Mengeluarkan Umat Islam dari Islam
Gerakan Kristianisasi ini merupakan akar umbi kepada kehadiran ideologi Barat seperti sekularisme, liberalisme, saintisme dan sebagainya untuk mengelirukan akidah umat Islam dengan menanamkan logik akal dalam pemikiran umat Islam supaya umat Islam terus terkeliru. Serangan pemikiran melalui logik akal ini secara tidak langsung atau tanpa disedari masyarakat Islam, akhirnya menjadi amalan umat Islam sebagai sesuatu perkara yang normal berdasarkan logik dari segi akal, walaupun sebenarnya ia bercanggah dengan al-Quran dan as-Sunnah.
2. Membentuk Negara Islam Sekular
Gerakan Kristianisasi ini cuba menanamkan fahaman sekular dalam diri umat Islam mahupun dalam pentadbiran negara Islam. Oleh sebab itu, pada hari ini didapati bahawa terdapat golongan pemerintah kebanyakannya mengamalkan korupsi atau rasuah yang secara jelasnya ditegah dalam Islam. Hal ini adalah kerana mereka telah memisahkan urusan pentadbiran dengan agama. Perkara tersebut secara tanpa sedar atau makna tersirat disebalik pembentukan negara sekularisme tersebut telah menunjukkan bahawa gerakan Kristianisasi ini hampir berjaya dalam melaksanakan matlamat utama mereka.
3. Mengkristiankan Umat Islam
Gerakan Kristianisasi ini banyak memberi kekeliruan kepada umat Islam terutamanya berkaitan akidah dalam Islam dan mereka menanam akidah dalam ajaran Kristian yang sesat dan bercanggah dengan ajaran Islam. Mereka berhujah dengan menyamakan beberapa aspek yang penting supaya ajaran Kristian dan agama itu dilihat serupa dan selari dengan konsep pluralisme iaitu semua agama adalah sama dan membawa kebaikan.
Sebagai contoh mereka menekankan bahawa Islam dan Kristian merupakan agama samawi dan ianya datang dari Allah SWT. Mereka juga cuba mengelirukan umat Islam dengan mengatakan bahawa Jesus yang akan turun dari langit ke bumi sebelum hari kiamat kelak bukannya Nabi Muhammad SAW. Oleh itu, mereka mendakwa Jesus adalah lebih rapat dengan Allah SWT berbanding Nabi Muhammad SAW.
Ini menjadikan umat Islam yang jahil agama tidak dapat berfikir dengan lebih mendalam mengenai Islam melalui pemahaman al-Quran dan as-Sunnah. Sebenarnya Nabi Isa turun atau dijelmakan semula ke bumi bukan untuk membawa syariat yang baru atau membenarkan agama Kristian. Sebaliknya turunnya Nabi Isa membawa syariat Nabi Muhammad SAW dan untuk melenyapkan agama Kristian yang telah tersesat. Bahkan dalam kitab asal Kristian sendiri mengakui kenabian Nabi Muhammad SAW sebagai nabi dan Rasul akhir zaman. Tidak ada sama sekali dalil atau bukti termasuk dalam kitab agama Kristian sendiri yang mengatakan Nabi Isa lebih mulia daripada Nabi Muhammad SAW kecuali hujah mereka berdasarkan akal yg sesat dan cetek. Namun, akibat kejahilan umat Islam sendiri, mereka menjadi mudah terpengaruh dengan gerakan Kristianisasi ini seterusnya menjadi sebahagian dari mereka untuk mendapat ‘keselamatan’ di hari kiamat nanti.
Sumber: kristianisasi.blogspot.com- 31 OKT 2013
Comments
Post a Comment