ISLAMKAH GOLONGAN ISLAM LIBERAL? MENGAKU ISLAM SEBALIKNYA BERTUHANKAN LIBERALISME BARAT YANG SESAT MALAH MENGHINA ISLAM!!!
Mendepani cabaran hari ini, pelbagai halangan perlu dilalui oleh umat Islam terutamanya di negara ini apabila kini golongan-golongan anti-Islam mahupun berfahaman liberal begitu lantang bersuara dan mengkritik serta menghina insitusi-institusi Islam, undang-undang Islam dan muzakarah alim ulama.
Sebagai contoh antara dakwaan jahat yang pernah dilakukan oleh seorang peguam ‘Lawyers For Liberty’ bernama Eric Paulsen menabur fitnah jahat terhadap JAKIM melalui platform tweeter kononnya JAKIM mempromosikan ekstremisme melalui khutbah Jumaat. Oleh sebab itu, golongan liberal ini menggesa JAKIM dimansuhkan dengan alasan mencampuri urusan peribadi rakyat negara ini.
Bukan itu sahaja, Tabung Haji juga pernah difitnah krediabilitinya, YAPEIM turut diserang berdasarkan maklumat dokumen dalaman institusi yang dicuri kemudian diputarbelitkan, kedudukan agama Islam sebagai agama Persekutuan dipertikai dan mahukan Islam diletakkan setaraf dengan agama-agama yang lain.
Mereka berfahaman liberal dan anti-Islam ini berusaha mengubah wajah Islam dan epistemologinya sehingga mewujudkan ketidakstabilan sosiolopitik dalam negara. Umat Islam yang berpegang kuat kepada syariat Islam dibenci. Umat Islam yang bersedia untuk mengikut acuan kebebasan berdasarkan nilai positivisme Barat yang tidak berasaskan petunjuk Ilahi disanjung.
Mereka membawa misi Barat untuk merosakkan pemikiran umat Islam supaya timbul keraguan dan syak terhadap ajaran agama Islam itu sendiri. Antara usaha menghancurkan Islam ialah mengasak pemikiran liberal dalam dunia Islam sehingga melahirkan pemikiran Islam liberal seperti yang dianuti G25 dan yang sealiran dengannya.
Pemikiran logikal dan kritikal menjadi asas pemikiran mereka, mentafsir agama mengikut kehendak atau kesesuaian agenda mereka dalam acuan yang menyeleweng sama ada dari segi akidah atau hukum syarak. Jadi, mengapa masih lagi wujudnya istilah ‘Islam Liberal’ sedangkan tiada satu perkara yang dibawa dalam pemikiran tersebut selari dengan ajaran Islam yang sebenar? Fikir-fikirkan.
Sumber: Berita Harian – 17 Disember 2015
Comments
Post a Comment