AWAS DENGAN GERAKAN KRISTIANISASI!!! MENYELAMATKAN AKIDAH MELAYU-ISLAM YANG KIAN PARAH ADALAH TANGGUNGJAWAB BERSAMA
Di Malaysia, masalah Kristianisasi yang berlaku dalam kalangan masyarakat Melayu Islam sudah acapkali berlaku dan akhir-akhir ini perkara ini semakin meningkat dan membimbangkan. Malah tidak kurang juga usaha-usaha yang dilakukan oleh gerakan Kristianisasi untuk memurtadkan umat Islam di negara ini melalui pelbagai agenda sama ada menggunakan platfom politik, sosial, pendidikan dan bantuan kewangan yang dilakukan secara sembunyi mahupun secara terang-terangan. Gerakan Kristianisasi ini telah menimbulkan kerisauan dalam kalangan ahli masyarakat terutamanya kaum Melayu yang begitu sinonim dengan Islam.
Peristiwa Jamaluddin @Jeshua Othman pada tahun 1987 merupakan titik tolak kepada dakwah terang-terangan Kristian setelah sekian lama berselindung disebalik dinding gereja. Dalam kes tersebut Jeshua telah mendakwa Menteri Dalam Negeri kerana telah menyumbatkannya dalam lokap ISA atas alasan menyebarkan dakyah Kristian. Sehingga tarikh dia diberkas, ramai anak Melayu yang telah dikristiankannya.
Belum habis dengan kes Jeshua Othman, umat Islam di Malaysia dikejutkan pula dengan kes murtad Nor Aishah Bokhari yang berkahwin lari dengan seorang pemuda bukan Islam sehingga beritanya terpampang di muka hadapan dada-dada akhbar dan tersenarai sebagai seorang murtad di dalam buku ‘Freedom of Religion in Malaysia’.
Perkara ini menunjukkan bahawa orang Melayu pada hari ini tidak lagi boleh berdiri megah menyatakan Melayu adalah Islam meskipun slogan ‘Melayu itu Islam’ dan ‘Islam itu Melayu’ sudah cukup membuktikan betapa eratnya hubungan antara Islam dengan masyarakat Melayu di Malaysia. Memang benar terdapat undang-undang negara yang menyekat perkembangan agama Kristian dalam kalangan masyarakat Melayu, namun faktor ini tidaklah sekuat faktor kesebatian masyarakat Melayu dengan agama Islam sebagai sebab utama yang membantutkan perkembangan agama Kristian dalam kalangan masyarakat Melayu.
Kita sebagai seorang Muslim sejati yakin bahwa suatu hari nanti ‘nur’ Islam akan bersinar kembali di Malaysia. Oleh itu, sesiapa yang mengaku dirinya Islam wajib berjuang dan rasa bertanggungjawab untuk mempertahankan akidah diri sendiri, ahli keluarga malah masyarakat daripada terpengaruh dengan misionari Kristianisasi yang kini tidak sedikitpun berselindung untuk memurtadkan Melayu Islam. Firman Allah SWT dalam Surah Muhammad bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu membela (agama) Allah nescaya Allah akan membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu”.
Sumber: Journal of Islamic Social Sciences and Humanities, Vol.15- 2018 dan https://malay.bismikaallahuma.org/ - 02 OKT 2005
Comments
Post a Comment