BAHAYA ANCAMAN 'NEW ATHEIST' YANG MENDAPAT SOKONGAN PADU DARIPADA TOKOH ATEIS TEMPATAN DAN ANTARABANGSA BERSAMA MEMBANTERASNYA DEMI AKIDAH UMAT ISLAM!!!
Isu ateisme semakin mendapat perhatian masyarakat di Malaysia kerana para pengikutnya semakin berani membicarakannya malah mengisytiharkan pegangan secara terbuka dan ia turut melibatkan umat Melayu-Islam.
Berdasarkan kajian Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, telah wujud satu kelompok yang dikenali sebagai ‘new atheists’ yang secara umumnya menzahirkan keyakinan yang tinggi dalam pandangan-pandangan mereka melalui penulisan buku mahupun di media sosial. Kelompok ‘new atheists’ ini jauh lebih agresif daripada pendekatan ateis pada zaman silam. Kelompok ini berkongsi pendirian yang sama dalam isu-isu melibatkan agama dan Tuhan terutamanya melalui media sosial dan perjumpaan-perjumpaan yang diadakan atas nama badan kebajikan atau NGO.
Selain itu, terdapat sebuah kelompok ateis yang dikenali sebagai ‘Atheist Republic’ iaitu sebuah NGO yang berpangkalan di Kanada yang sangat aktif mendukung dan menggerakkan fahaman ateis ke seluruh dunia. Kelompok ini aktif memperjuangkan hak golongan ateis dan mempunyai konsulat di serata dunia termasuk di Malaysia.
Kelompok ‘Atheist Republic’ ini menjadi terkenal sejurus tularnya di media sosial gambar sekumpulan anak muda yang menunjukkan perjumpaan golongan ateis yang turut disertai oleh golongan belia Melayu yang murtad kerana terpengaruh dengan fahaman ateis. Selain itu, terdapat faktor lain yang menjadi penyumbang kepada berkembang pesatnya pergerakan ateis ini ialah apabila terdapatnya tokoh-tokoh liberal di Malaysia seperti Marina Mahathir, Siti Kassim, Zainah Anwar yang kebanyakannya dari kumpulan liberal Sister In Islam, telah mengeluarkan kenyataan dan melaksanakan tindakan untuk mengalu-alukan sebuah badan peguam Islam untuk melindungi hak asasi golongan ateis. Tokoh-tokoh tersebut yang disokong oleh tokoh-tokoh ateis dan liberal antarabangsa bertindak aktif memperjuangkan hak asasi Barat dan kebebasan beragama serta menentang Rukun Negara yang menjadi asas kepada Perlembagaan Persekutuan.
Perkara tersebut dilihat mampu menjadi ancaman bukan sahaja kepada akidah umat Islam, malah juga pada keharmonian negara. Adalah menjadi tanggung jawab semua umat Islam untuk bergerak bersama pihak kerajaan, pihak berkuasa agama dan NGO Islam untuk turut sama membanteras kegiatan ateis di negara ini demi menyelamatkan akidah umat Islam. Justeru itu, ancaman tersebut perlu dilihat sebagai ancaman yang serius dan perlu dipantau secara serius oleh semua pihak kerana terdapat titik pertemuan dan kolerasi yang kuat antaranya dengan ancaman-ancaman lain seperti ancaman liberal.
Sumber: LAPORAN 7- Perkembangan Mutakhir Pengaruh Ateisme Di Malaysia dan Strategi Memerangi Penularannya (ummahprihatin.com)
Comments
Post a Comment