JAUHILAH ARAK DAN JUDI KERANA IA DOSA BESAR YANG MEMBERI KESAN BURUK KEPADA KEHIDUPAN INDIVIDU SERTA MASYARAKAT. SEMUA AGAMA MENGAKUI KEMUDARATANNYA!!!
Sejak dari zaman Nabi Adam A.S hinggalah utusan terakhir kita Rasulullah SAW, Allah SWT telah melarang hambaNya untuk terlibat dengan kegiatan judi dan arak. Ini kerana kesannya kepada umat manusia lebih mendatangkan keburukan berbanding kebaikan. Firman Allah SWT:
“Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.” (QS al – Maidah: 90).
Keputusan Kerajaan Negeri Kedah untuk menghentikan pengeluaran lesen judi dan had penjualan arak dikritik oleh sebilangan pihak yang mendakwa Kerajaan Negeri tersebut menafikan hak orang bukan Islam. Ada pula yang mengatakan pemerintah bertindak zalim kepada golongan bukan Islam. Baik, apa yang kita perlu tahu di sini adalah tindakan tersebut dibuat atas faktor untuk mengurangkan risiko dan kemudaratan kepada rakyat.
Tidakkah kita sedar, arak dan judi ternyata membawa kesan buruk lebih banyak kepada kehidupan manusia? Lihat sahaja kes kemalangan maut di negara ini, boleh dikatakan hampir 90% melibatkan pemandu mabuk. Kes keganasan rumah tangga, berkaitan dengan judi. Di United Kingdom (UK), angka rasmi jenayah akibat meminum alkohol adalah 45-46 % kejadian jenayah, 39 % keganasan rumah tangga dan hampir 1 juta serangan ganas berlaku akibat pengaruh alkohol.
Sudah banyak bukti yang menunjukkan kemudaratan berpunca daripada arak dan judi. Dan sekarang ada pula pihak yang cuba memainkan isu ini untuk merosakkan perpaduan rakyat Malaysia. Mengapa perlu ada perbezaan seperti itu? Lihat sahaja Kerajaan Negara Brunei di mana pemerintahnya mengharamkan arak dan judi secara total dan perkara ini turut disambut baik oleh golongan bukan Islam di sana. Ini kerana mereka juga bersetuju bahawa arak dan judi memberi kesan buruk terhadap kehidupan manusia.
Janganlah jadikan alasan sekatan ke atas hak orang bukan Islam sebagai ‘lesen’ untuk meneruskan lesen perjudian dan penjualan arak. Ini akan meretakkan lagi perpaduan di kalangan rakyat Malaysia kerana apa yang digembar-gemburkan itu merupakan satu propaganda sedangkan semua orang sudah tahu bahawa berada di bawah pengaruh alkohol dan judi boleh meruntuhkan institusi keluarga dan masyarakat.
Sabda Rasulullah SAW:
“Hendaklah kamu menjauhi arak, sesungguhnya arak kunci segala kejahatan.” (HR al – Hakim)
Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
Comments
Post a Comment