PENGAKUAN MURTAD SECARA TERANG-TERANGAN ADALAH SUATU PENGHINAAN TERHADAP ISLAM DAN MAMPU MENGANCAM KETENTERAMAN AWAM BERSAMALAH MEMBENDUNG GEJALA MURTAD!!!
Salah satu tuduhan yang paling kerap ditimbulkan terhadap Islam adalah mengenai kebebasan beragama. Menurut pengkritik Islam, agama Islam adalah agama yang mengongkong penganutnya dan tidak memberi sebarang kebebasan. Inilah yang menjadi punca kenapa seseorang Islam itu ingin murtad.
Kritikan ini mungkin kelihatan ganjil pada pandangan masyarakat Islam mahupun pihak-pihak yang mendalami sejarah-sejarah Islam. Hal ini kerana sejarah telah membuktikan bahawa agama Islam dan peradaban Islam telah pun menunjukkan sebuah tahap toleransi agama yang tinggi sama ada kepada umat Islam sendiri mahupun masyarakat berlainan agama.
Apa yang menarik adalah dimensi murtad ini dilihat sebagai tindakan mengkhianati agama Islam kerana mereka yang murtad inilah yang menjadi penentang yang aktif terhadap agama Islam. Pada masa yang sama masalah murtad ini bukan sahaja masalah mengenai seseorang yang kononnya mendakwa ingin mempraktikkan hak kebebasan, namun sebenarnya perlakuan tersebut telah menjadi suatu tindakan dan gerakan yang menghina kesucian Islam dan suatu gerakan yang menentang Islam. Jika dibiarkan, ia boleh memberi ancaman ketenteraman awam kerana ia akan menimbulkan api kemarahan kepada umat Islam di negara ini.
Hal ini kerana murtad adalah satu jenayah. Individu yang murtad bertindak memperlekeh-lekehkan agama Islam. Ia adalah suatu penghinaan terhadap agama Islam dan jika dibiarkan terus berlaku, ia boleh mendatangkan ancaman ke atas ketenteraman awam termasuk ke atas identiti individu yang membuat pengakuan murtad tersebut.
Tindakan individu murtad yang menghina agama Islam akan menimbulkan kebimbangan dan kemarahan umat Islam lain yang berpegang teguh dengan ajaran Islam. Sejarah juga telah membuktikan bahawa kekeliruan yang berlaku dalam beriktikad kepada akidah Islam mampu menyelewengkan manusia daripada ajaran Islam yang sebenar, menimbulkan huruhara dan mengancam keselamatan negara hingga membawa kepada pertumpahan darah.
Sumber: yaqeeninstitue.org dan Kertas Projek RMC, Universiti Teknologi Malaysia, 2008.
Comments
Post a Comment