SYIAH MENDAKWA MEREKA DI JALAN YANG BENAR SEDANGKAN AL-QURAN DITOLAK DAN PARA SAHABAT DIKAFIRKAN DIMANAKAH KEBENARANNYA?


Kalau kita tanya kepada mana-mana orang Islam, apa sumber agama kita? Kita semua akan sepakat mengatakan Al-Quran dan Hadis. Kalau kita tanya orang Syiah, mereka akan jawab yang sama juga; Al-Quran dan Hadis. Tetapi jangan tertipu, kita kena lihat perinciannya.

Adapun tentang Al-Quran, mereka mengatakan Al-Quran yang ada pada kita sekarang ini hanya satu pertiga dari Al-Quran yang sebenar. Mereka kata, para Sahabat telah sembunyikan atau musnahkan dua per tiga yang selebihnya.

Mereka mendakwa para Sahabat musnahkan dua per tiga Al-Quran itu kerana di dalam dua per tiga itu ada surah Al-Wilayah (Pemerintahan), dan di dalam surah ini ada ayat di mana Rasulullah SAW secara jelas melantik Saidina Ali sebagai khalifah selepas kewafatan Baginda. Oleh kerana para sahabat cemburu dan dengki serta zalim, mereka menyorokkan Al-Quran ini. Itu yang dijadikan bahan tohmahan untuk meyakinkan  masyarakat bahawa ajaran Syiah tu benar dan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) tu salah kerana diselewengkan oleh para sahabat.

Kita bukan mentohmah mereka, kita tidak sekadar mendakwa, ini adalah apa yang terkandung di dalam kitab-kitab mereka, apa yang disebut oleh syeikh-syeikh mereka dan ulama-ulama mereka.Ini tentunya masalah dan kesesatan yang dahsyat kerana mendakwa Al-Quran tidak sempurna dan para Sahabat Rasulullah SAW seperti Saidina Abu Bakar r.a, Saidina Umar r.a, Saidina Usman r.a dan lain-lain lagi menjadi pengkhianat kepada Islam. Secara tidak langsung mereka mendakwa agama Islam yang sampai kepada kita tidak sempurna. Itu dari segi Al-Quran. Bagaimana dengan hadis?

Dalam hadis lebih dahsyat lagi. Mengapa? Ini kerana orang Syiah mengkafirkan para Sahabat. Bagaimana Al-Quran dan Hadis sampai kepada kita pada hari ini? Ia daripada Rasulullah SAW,  kemudian sampai kepada generasi berikutnya, dan generasi berikutnya dan berikutnya sehingga ke hari ini, bagaimana ia bersambung dan diwarisi kalau bukan melalui para Sahabat.

Para sahabat adalah orang beriman dan bertemu dengan Rasulullah SAW. Apabila Syiah mengkafirkan para sahabat, secara tidak langsung dia akan menolak semua hadis-hadis yang diriwayatkan oleh para sahabat. Jadi boleh kita bayangkan betapa jahatnya Syiah. Selama ini kita merujuk hadis  kepada buku-buku hadis seperti Sahih Al-Bukhari, Sahih Muslim dan buku-buku hadis yang lain. Bagaimana Sahih Bukhari, Sahih Muslim ini di sisi orang-orang Syiah? Tidak ada nilainya sama sekali.

Kenapa? Kerana semua perawi-perawinya telah kafir. Saidina Abu Bakar yang merupakan sebaik-baik sahabat pun dikafirkan, Saidina Umar pun kafir, kalau bukan dengan macam-macam lagi tuduhan yang lain

Apabila mereka mengatakan Al-Quran tidak sempurna, hadis mereka tolak, dimanakah kebenaran Syiah?

Sumber: Rakaman ceramah Bahaya Syiah oleh Ustaz Abu Omar Idris bin Sulaiman


 

Comments