AWAS!!! 'JERAT CINTA' SEBAGAI SENJATA HALUS YANG DIGUNAKAN OLEH MUSUH ISLAM UNTUK MEMURTADKAN ANAK MUDA ISLAM KINI SEMAKIN BERLELUASA

 


Mutakhir ini gejala murtad semakin kerap menyerang orang-orang Islam di Malaysia. Apa yang menyedihkan ialah kebanyakan yang terlibat ialah anak-anak yang kurang pendidikan agama apabila mudah terpengaruh dengan modus operandi gerakan musuh-musuh Islam yang cuba memurtadkan orang Islam melalui percintaan dan perkahwinan.

Hal ini terbukti apabila sebelum ini pernah tular sebuah video berdurasi tiga minit 26 saat yang memaparkan seorang lelaki beragama Hindu mengaku telah memurtadkan seorang wanita Islam yang dipercayai sebagai isterinya dan kelihatan bangga kerana berjaya memurtadkan seorang gadis beragama Islam. Bukan itu sahaja, dia juga malah mengaku bahawa ketika ini terdapat gerakan-gerakan yang aktif yang cuba memerangkap anak gadis Melayu supaya keluar daripada Islam.

Misionari Kristian juga turut tidak ketinggalan, malah mereka pernah melakar sejarah menerbitkan buku-buku mengenai ajaran Kristian di dalam Bahasa Melayu yang berjudul seperti Kaabah, Wahyu Ilahi dan Mengenal Rasul sebagai taktik untuk mengkafirkan orang Melayu Islam. MajalahThe Minaret terbitan Pusat Islam California turut mendedahkan bahawa pendakwah Kristian menjadikan Malaysia di antara sasaran bagi satu gerakan dakyah yang dipanggil Window 10/40.  

Terdapat banyak kes yang menunjukkan orang Melayu Islam murtad disebabkan oleh percintaan atau perkahwinan. Sebagai contoh, Hartina Kamaruddin daripada Kampar, Perak telah murtad kerana mengikut agama suami yang berbangsa India. Nor Aisyah Bokhari daripada Pontian, Johor merupakan seorang yang mempunyai latar belakang agama dan anak kepada seorang imam telah berkahwin lari dengan seorang pemuda berbangsa cina. Azlina Jailani atau lebih dikenali sebagai Lina Joy yang berketurunan jawa telah membuat permohonan murtad untuk mengahwini seorang lelaki india beragama Kristian malah telah mempunyai sijil baptis dari gereja baptis ‘our lady fatima’ di Brickfield dan tidak mempraktikkan agama Islam sejak lahir.

Hal ini menunjukkan bahawa modus operandi gerakan memurtadkan orang Melayu Islam melalui pecintaan atau perkahwinan amat berkesan dan peratusan kejayaan adalah sangat tinggi demi meruntuhkan akidah seseorang yang beragama Islam dan menghancurkan agama Islam di mata dunia. Oleh itu, umat Islam perlu berwaspada dengan taktik gerakan misionari ini. Janganlah kerana cinta boleh membuatkan anda menjadi buta dan menggadaikan agama. Berpegang teguhlah kepada ajaran Islam, petunjuk al-Quran dan as-Sunnah, kelak ia akan membantu anda dari terus sesat. Pihak berkuasa juga perlu lebih proaktif dalam menangani perkara ini. Janganlah berkira soal bidang kuasa, jalankanlah tugas demi amanah untuk menjaga agama.

Sumber:  Harakah Daily, 20 Februari 2021.


Comments