KAWIN IKUT ISLAM TAPI MASIH BERFAHAMAN ATEIS!!! PERSENDAAN ATEIS TERHADAP ISLAM YANG PERLU DITANGANI SEGERA KERANA IA MENUNJUKKAN AKIDAH UMAT ISLAM KINI SEMAKIN PARAH
Seiring munculnya liberalisme di abad ke-18, maka fahaman ateis menjadi semakin berkembang dan disebarkan dengan lebih terbuka. Begitu juga di era moden ini semakin bertambahnya bilangan penganut ateisme serata dunia termasuklah di Malaysia yang melibatkan setiap peringkat lapisan masyarakat termasuklah golongan professional dan rakyat biasa.
Dalam sebuah buku berjudul "Ibrahim pernah Atheis" karya Agus Mustofa, beliau ada mengkritik buku-buku para tokoh ateis secara saintifik dan mengajak para pembaca untuk mengambil iktibar dari kisah Nabi Ibrahim berkenaan dengan proses baginda mencari Tuhan yang mana akhirnya menjadi nabi kesayangan Allah SWT dengan cara berserah diri hanya kepadaNya.
Agus Mustofa juga ada mengisyaratkan dalam penulisannya bahawa dalam proses mencari kebenaran tentang kewujudan Tuhan, kecenderungan untuk merasa ragu-ragu terhadap kewujudan Tuhan sebagai pencipta dan pentadbir semua makhluk adalah tinggi. Namun, keraguan tersebut harus dilandasi dengan usaha yang bersungguh-sungguh untuk mendapat kebenaran yang sejati, bukan keraguan yang disertai dengan sikap sombong, acuh tak acuh dan merasa sudah memahami Tuhan. Dek kerana sikap acuh tak acuh dan kesombongan tersebut, pada akhirnya individu tersebut tidak akan pernah menemui kebenaran yang sejati apatah lagi tentang kewujudan Tuhan.
Sebagai contoh baru-baru ini tular kisah seorang Melayu yang dipercayai sebagai penganut ateis. Kandungan di dalam sosial medianya rata-rata menunjukkan ketidakpecayaannya terhadap Tuhan malah cuba mempersoalkan berkenaan dengan kebenaran agama Islam dalam kebanyakan ciapannya. Namun, ianya menjadi tular apabila baru-baru ini dia melangsungkan perkahwinan dengan seorang perempuan yang beragama Islam dan bertudung. Lantaran itu, para netizen selain memberikan kecaman, mereka juga turut mempersoalkan status perkahwinannya kerana mengikut agama Islam, tiada istilah kahwin campur yang mana ianya sangat bercanggah dengan agama Islam itu sendiri. Namun, dengan lantang dia menjawab bahawa dia telah mengucapkan kalimah syadah sebelum diakadkan.
Perkara ini menunjukkan betapa parah dan sakitnya akidah masyarakat Islam kini terutamanya di Malaysia. Sedangkan hal-hal agama bukanlah satu perkara yang boleh dibuat main-main. Apatah lagi berkaitan soal ijab qabul, kerana satu ikatan ijab qabul itu akan menghasilkan keturunan yang mana ia boleh menjejaskan nasab dan masalah yang lebih besar pada masa akan datang. Tidak kira mana-mana agama pun, jika seseorang individu tersebut mempersendakan agama, maka tindakan yang wajar perlu diambil kerana tindakannya itu mampu mempengaruhi agama, akal dan pemikiran individu lain.
Sumber: Aqidah dan Filsafat, Studi Agama dan Pemikiran Islam, UIN Sunan Kalijaga, Yogyakarta
Comments
Post a Comment