BAHAYA ISLAM LIBERAL!!! BERLAGAK SEBAGAI KUMPULAN YANG BERJUANG MENEGAKKAN ‘MAQASID SYARIAH’ TETAPI SEBENARNYA MEMPROMOSI FAHAMAN LIBERAL BARAT YANG SESAT
Golongan Islam liberal yang berpegang kepada nilai positivisme Barat dan menyerapi ideologi liberalisme Barat sebenarnya sudah terpengaruh dengan pemikiran dan cara hidup Yahudi dan Nasrani. Kedua-dua agama tersebut sudah pun terpesong daripada ajaran agama samawi yang sebenar dan kini mereka mahu umat Islam juga terpesong daripada ajaran asalnya.
Benarlah firman Allah SWT dalam Surah al-Baqarah, ayat 120, bermaksud: “Orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepada engkau (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut Millah (agama) mereka yang telah terpesong itu”.
Namun begitu, golongan liberal ini tetap mendakwa mereka adalah pejuang ‘maqasid syariah’ dalam kerangka menegakkan Islam yang wasatiyah (pertengahan dan keserdahanaan) yang sebenar. Anak didik Barat ini berlaku biadab dalam penulisan mereka dengan menyerang dan memfitnah ulama Islam, institusi Islam dan menulis mengenai Islam tanpa sifat integriti intelektual, rohani dan moral, melainkan menurut kejahilan, kebencian dan nafsu semata-mata.
Sebagai contoh, seorang peguam bernama Eric Paulsen menabur fitnah jahat terhadap JAKIM melalui tweetnya konon JAKIM mempromosi ekstremisme melalui khutbah Jumaat. Ada juga yang mendesak JAKIM dimansuhkan dengan alasan mencampuri urusan peribadi rakyat. Selain itu, Tabung Haji juga turut difitnah kredibilitinya, malah YaPEIM turut diserang melalui pencurian dokumen dalam institusi tersebut.
Kedudukan agama Islam sebagai agama Persekutuan dipertikaikan oleh golongan liberal terbabit yang dilihat mahukan Islam diletakkan setaraf dengan agama-agama lain. Mereka berusaha mengubah wajah Islam dan ajaran Islam yang benar kecuali mengikut pemikiran liberal Barat sehingga boleh mewujudkan ketidakstabilan sosiopolitik dalam negara. Benar atau tidak, sila kaji dan nilai !!!
Sumber: Berita Harian, 17 Disember 2015
Comments
Post a Comment