BAHAYA KEYAKINAN SESAT ATEIS TIADA TUHAN, TIADA AGAMA, TIADA ALAM AKHIRAT. SEMUA BERLAKU SECARA SEMULAJADI BERDASARKAN FENOMENA SAINS - JAUHI ATEIS!!!

 

Menurut The Encylopedia of Religion, ateisme adalah sebuah doktrin yang menafikan kewujudan Tuhan dan kepercayaan terhadap kewujudan Tuhan merupakan kepercayaan yang palsu. Idea ateisme ini dipeloporkan oleh sarjana Barat sehingga salah seorang tokohnya iaitu D’Holbach mendakwa bahawa semua kanak-kanak yang dilahirkan adalah ateis kerana mereka tidak tahu akan Tuhan. Malah dia turut menuduh agama adalah suatu bentuk penindasan serta kezamilan yang melemahkan munculnya kebenaran.

Seorang tokoh sosialis dan kapitalis iaitu Karl Marxberpendapat bahawa semua agama termasuklah Kristian hendaklah dimusnahkan terlebih dahulu sebagai proses membina alam agar manusia menjadi Tuhan. Bahkan menurutnya bukan Tuhan yang mencipta manusia tetapi manusialah yang mencipta Tuhan. Kemuncaknya, Friedrich Wilhelm Nietzsche yang juga merupakan tokoh sosialis mengisytiharkan bahawa Tuhan telah mati dan manusia perlu menggantikan kedudukan Tuhan tersebut.

Menurut Karen Amstrong, seorang pengarang, feminis dan penulis berkaitan agama-agama, pemikiran ateis pada akhir abad ini menyatakan bahawa sekiranya dikatakan Tuhan belum lagi mati, maka adalah menjadi tugas manusia yang rasional untuk membunuh Tuhan. Pemikiran sebeginilah telah menjadi dasar kepada golongan ateis pada zaman moden untuk ‘beriman’ dengan sains sahaja sebagaimana slogan New Atheisme:“Tiada syurga, tiada neraka, hanya sains”

Seharusnya kita sebagai umat Islam berasa sangat bersyukur kerana mempunyai agama sebagai panduan hidup, mempunyai Nabi dan Rasul sebagai idola menunaikan perintah Allah dan meninggalkan laranganNya seterusnya mempunyai Allah SWT sebagai Tuhan yang Maha berkuasa atas segalanya. Jika dihayati kehidupan sebagai hamba Allah SWT dan merasai nikmat yang tidak terhitung banyaknya diberikan kepada kita, nescaya anasir-anasir ateis hanya dipandang sebelah mata. Percayalah.   

  Sumber: Sinar Harian – 3 MEI 2019


Comments