BERHATI-HATILAH DENGAN GERAKAN MISIONARI KRISTIAN!!! MENGGUNAKAN PELBAGAI STRATEGI HALUS UNTUK MENGKRISTIANKAN UMAT ISLAM YANG LEMAH AKIDAHNYA
Islam hanya pada nama bukanlah suatu yang baru. Nama Islam tetapi tingkahlaku atau akhlak tidak menggambarkan sebagai seorang yang beragama Islam. Apatah lagi bila disentuh bab ibadah dan akidah. Tidak perlu dilihat jauh, hanya pandang orang disekeliling, berapa ramai yang masih tidak menunaikan solat sedangkan perintah Allah SWT itu adalah wajib, berapa ramai yang mempersendakan ayat-ayat al-Quran dan mempertikaikan hukum-hukum Islam itu sendiri malah mengagongkan Barat?
Perkara ini jelas menunjukkan bahawa pendirian sebagai seorang umat Islam yang tidak mempunyai asas agama yang kukuh telah membuka ruang dan peluang yang besar kepada gerakan kristianisasi untuk mempengaruhi minda ke arah lebih jauh dari Islam sedikit demi sedikit.
Seorang mubaligh Kristian iaitu Kardinal Samuel Zwemer, dalam bukunya ‘Dunia Islam Dewasa ini’ membahaskan strategi-strategi yang perlu dipakai jika ingin ‘menakluk’ pemikiran orang Islam zaman kini. Antaranya, bible mestilah disebarkan dalam bahasa-bahasa umat Islam kerana bible adalah asas gerakan Masehi yang paling penting. Jika di Malaysia dimelayukan, jika diIndonesia di indonkan dan sebagainya.
Selain itu, umat Islam perlu dikristiankan oleh pendakwah sebangsanya. Sebagai contoh, suatu ketika dahulu Malaysia digemparkan dengan kisah seorang lelaki Melayu, Salleh bin Omar yang menjadi paderi dengan menggunakan nama Paderi Joseph, mendapat mandat untuk ‘berdakwah’ kepada orang Melayu seterusnya mengkristiankan.
Mubaligh Kristian juga tidak perlu berasa hampa jika tidak dapat mengkristiankan umat Islam dalam jumlah yang disasarkan kerana pada dasarnya akidah umat Islam masa kini telah goyah dan di dalam diri mereka telah tumbuh satu kecenderungan terhadap ilmu-ilmu barat dan perihal hak kebebasan wanita. Nah, kini kita sudah lihat pejuang-pejuang Islam liberal telah terperangkap dengan strategi halus puak-puak Kristian tanpa sedar. Mengapa lagi masih tidak nampak taktik jahat misionari kristianisasi ini wahai umat Islam?
Sumber: Ensaiklopedia Gerakan Keagamaan dan Pemikiran
Comments
Post a Comment