KENAPA BERPECAH-BELAH KERANA POLITIK? PERPECAHAN UMAT ISLAM MEMUDAHKAN GERAKAN KRISTIANISASI MENYEBARKAN FITNAH TENTANG KEBURUKAN ISLAM DAN MENDAKYAHKAN AJARAN KRISTIAN

 



Gerakan kristianisasi adalah sebuah gerakan keagamaan yang bersifat ‘politik penjajahan’ dengan cara menakluk negara-negara yang mempunyai majoriti Islam terutamanya dari segi pemikiran atas satu tujuan iaitu menyebarkan ideologi Kristian dan mengusai bangsa-bangsa tersebut.


Menurut seorang paderi, Kardinel Simon, kesatuan Islam menggagas cita-cita umat Islam dan membantu melancarkan usaha untuk menguasai Eropah. Maka, gerakan kristianisasi adalah satu komponen yang sangat penting untuk dibentuk dan dikerah di seluruh pelosok dunia bagi menggagalkan gagasan kesatuan Islam tersebut.


Menurut paderi Lawrence Brown, sekiranya umat Islam bersatu dalam sebuah kerajaan Arab. mereka akan menjadi kuasa yang paling berbahaya di dunia kerana agama Islam adalah sebuah benteng penghalang yang paling kukuh bagi menangkis gerakan kristianisasi. Namun, apabila mereka dibiarkan berpecah-belah, umat Islam akan kekal tidak bernilai dan tidak berpengaruh.


Berdasarkan penyataan paderi-paderi tersebut, jelas sekali strategi puak Kristian ingin menguasai pemikiran umat Islam malah menjajah negera-negara Islam menjadi mudah sekiranya tiada tiada agama di dalam dada dan berpecah-belah antara satu sama lain. 


Tidak perlu lihat jauh, lihat sahaja di Malaysia. Kebanyakan bangsa Melayu beragama Islam ini berpecah-belah kerana politik. Disebabkan kepentingan diri, disebabkan wang ringgit, agama dipertaruhkan. Berapa ramai pemimpin-pemimpin yang pada dasarnya beragama Islam tetapi berfikiran liberal barat, berapa ramai pula rakyat yang terpengaruh dengan ideologi yang dibawa tersebut? Ajaran sesat juga sering muncul ibarat cendawan tumbuh semenjak kebelakangan ini dan bukan seorang dua yang terpengaruh, malah beribu pengikutnya. Negara Arab juga tidak lagi kebal dengan perkara-perkara kea rah kemaksiatan, malah semakin jelas menjadi ‘hamba’ negara barat.


Dimanakah kualiti umat Islam pada masa kini? Bukankah perkara ini membuatkan gerakan kristianisasi lebih mudah untuk menjalankan misinya? Tepuk dada tanya iman!!!


Sumber: Journal of Islamic Social Sciences and Humanities, USIM (2018)

Comments