"MENYEMBAH JESUS DALAM MASJID?" TIPU HELAH TERKINI PUAK KRISTIAN EVANGELIS UNTUK MEMURTADKAN UMAT ISLAM
Pelbagai istilah dan amalan-amalan orang Islam disenaraikan oleh evangelis Kristian dengan tujuan supaya orang Islam mudah mendekati agama Kristian. Tipu helah ini termasuk juga menggunakan rukun Iman dan dan rukun Islam supaya umat Islam yang kurang ilmu agamanya mudah tertipu oleh muslihat golongan kristianisasi ini.
Dalam sebuah majalah Christianity Today, di bawah tajuk “Menyembah Jesus Dalam Masjid” diterangkan jelas strategi puak evangelis ini. Sebagai contoh, dalam sebuah artikel pada majalah tersebut ada menceritakan kisah sepasang suami isteri yang berasal daripada agama Islam didakyah dengan tipu helah kononnya boleh menggunakan nama suci Allah dalam pengamalan harian walau tidak lagi menganut agama Islam.
Pasangan tersebut berterusan menggunakan istilah seperti ‘Alhamdulillah’ dan ‘InsyaAllah’ pada satu tempoh awal-awal kemurtadan. Sehingga pada satu hari mereka terjumpa semula dengan paderi yang memurtadkan mereka serta bertanya khabar pada pasangan tersebut. Lantas mereka menjawab ‘Alhamdulillah’. Maka mereka dimarahi oleh paderi tersebut sambil berkata “…tidak boleh Alhamdulillah. Tuhan awak sudah bertukar, awak tidak boleh syukur kepada Tuhan Islam, awak kena bersyukur kepada Tuhan Kristian, Allah jahat, Allah adalah syaitan…”
Kaedah strategi seperti ini tidak menyuruh ‘magsa’ terus menukar agama, tetapi mendekati dengan tipu helah sambil sekadar memujuk untuk menerima ‘pesaksian terhadap Jesus sebagai penyelamat’ pada peringkat awal. Sesetengah pendakyah Kristian berpendapat bahawa penggunaan tipu helah ini hanyalah sebagai langkah sementara untuk menarik minat umat Islam. Akhirnya mereka yang meninggalkan Islam ini akan secara beransur diminta atau dipaksa untuk meninggalkan amalan-amalan agama Islam yang mereka kekalkan setelah murtad.
Dakyah gerakan kristianisasi telah terbongkar. Bukti apakah lagi yang dimahukan?
Sumber: Kertas pembentangan di Konvensyen Ilmuan Islam Sempena Ulangtahun Hari Keputeraan Ke-85 Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, 2013
Comments
Post a Comment